Friday 25 May 2012

Bobo- Si Kucing Parsi

Hari KeDua bersama BOBO

Untuk entri kali ini, memang "colouring" sikit.  Sebab, simbol hati yang macam-macam warna atau maknanya, terlalu gembira, dengan kehadiran BOBO. Seekor kucing Parsi yang CH ambil dari tuannya.  

CH memang kekok memelihara "Persian Cat" ni, sebab... Sebelum-sebelum ni CH cuma memelihara kucing biasa, atau dipanggil kucing gelandangan..  CH ada 33 ekor kucing gelandangan tetapi sekarang cuma tinggal 12 ekor sahaja...  Yang selebihnya telah mati,...  Yelah, nama pon dah gelandangan, jadi mereka2 ni dibiarkan bebas, jadi kadang-kadang, ada yang mati kena langgar, sakit... dan macam-macam...
Setiap kali diaorg nampak CH buka pintu rumah, confirm, mereka berlari ke ruang garaj rumah, beratur nak makan.. Yang bagusnya, semua ikut turutan, tak gaduh2...

Bukti?


kan kan kan???

Lain cerita dengan si BOBO,
Persian berusia 10 bulan.  Jantinanya si Jantan.  



Memang betullah orang cakap kalau nak membela si kucing baka seperti ini memang nak kena sabar.. 


SEBAB

  • makanan cerewet.
  • berak & kencing dekat pasir tertentu sahaja.Kalau take kotak pasir, memang dia tahan jela berak.
  • kena bawak main2, tAk boleh kasi kurung sahaja.  Nanti dia stress.
  • kena mandikan seminggu 2 kali.
  • korek telinga kena pakai jenis yang tertentu.
  • kena korek telinga nya sampai dalam, supaya kuman tk merebak ke otak. 
  • tak boleh marah-marah, cepat merajuk.
  • tak boleh kena sergah, bunyi bising (mengikut jenis kucing).
  • kena kasi ubat cacing, paling kurang 3 bulan sekali.
  • kalau bulu dah mula gugur, mesti kena pergi klinik, sebab takut dia nak mengawan atau stress dengan persekitaran.
Nasib baik CH memang sayang kucing, kalau tidak...  Alamat macam Cik Tunang, asyik nak jual sahaja, kalau terlalu menyusahkan.

MORAL OF THE STORY: 
menjaga baka ini lebih kurang sama macam menjaga anak kecil yg perlu perhatian yg khusus. 
 Adeh!


~BOBO OOOOHHH BOBO~

Wednesday 23 May 2012

Wedding Card







Ikutkan, bukan gambar ni yang jadi pilihan untuk letak dalam kad kahwin, tapi pilihan mak CH... erm...
Tak kisahlah, janji cantik .  Nampak simple, tapi memang ini yang CH dan Cik Tunang nak, simple tapi padat.  Nak macam ni jugak?. Macam biasa, kena klik di bawah ni...


Pre-Weddding by Arif Design

Salam kawan-kawan

Untuk entri kali ni, CH nak share kat korang some of our Pre Wedding pictures..  Cantikkan pictures nya?....Heheheeh...
Agak lucu sebenarnya, sebab masa pre-wedding ni, si cik photographer, Encik Zaidi, telah menunggu kami selama 2 jam.. Janji asal jam 8pagi.. tetapi disebabkan CH terlajak bangun tido, maka kami sampai jam 10pagi.. Mana tak, nak tunggu Cik Tunang menjemput lagi,,, dah amik masa....
So, hasilnya......







cantikkan?
Haruslah berjumpa pada tukang picit kamera ini..

Venue : Pelangi Indah Park 
Theme : Pastel Colour

Saturday 12 May 2012

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Salam Kawan-Kawan
Untuk entri kali ini, CH nak share dengan korang mengenai Muzium Tentera Darat Port DicksonCH baru sahaja melawat muzium ini pagi tadi.  Memang menyeronokkan!.  Bagi yang suka akan kesan sejarah, CH syorkan anda ke sini.Macam-macam ada!

INFO!
  • Terletak 7km dari Bandar Port Dickson
  • Diuruskan oleh Angkatan Tentera Darat
  • Muzium Terbesar di Malaysia
  • Dikunjungi 500 000 setahun




















Thursday 3 May 2012

Yassin Custom Made

Salam Kawan-Kawan, 
Untuk entri kali ni, CH nak share 'hadiah' untuk tetamu CH sewaktu majlis nikah CH nanti.  
Yassin Custom Made atau pun mungkin kita panggil sebagai, rekaan Yassin.  
Bagi yang tak pernah terfikir atau tak tahu mana nak order, CH memang recomend atau suggest kan pada korang, warna-i.  Mereka memang pakar untuk membuat deco-deco ini.  Harapan CH, semoga tetamu CH gembira dan mengharapkan Allah merahmati CH dan Cik Tunang CH apabila mereka membacakan Yassin ini.  Harga?. Boleh deal...  Yang penting kena tengok  blog diaorg...  Nak tau?

Klik Di Sini warna-i



p/s : Thanks to Kak Rina Hashim, sebab tau mengenai ini pon dari beliau.- Thanks Mama Hot!-

Tuesday 1 May 2012

17thn sudah??>

Assalamualaikum,

Lama jugak tak update blog ni... Windu kat semua.
Kelmarin, CH celebrate betday adik kesayangan dekat Kulaijaya. Agak malam la masa tu, tapi gagahkan juga sebab taknak kecewakan adik turcinta.
So, gambar menceritakan segalanya, walaupon dalam keadaan yang sangat sederhana.
Selamat Hari Jadi adik!





hadiah hutang dulu, bagi belon dulu la.. boleh?

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...