Monday 4 June 2012

D.I.Y PROJECT ( part 1)


Salam kawan-kawan,
CH nak share sikit ngan korang D.I.Y Project kot mana tau korang boleh cuba PLUS menjimatkan wang anda.  CH pon dah mula mengambil tempahan untuk wedding orang lain.  Dalam masa yang sama, CH buat sendiri berkat CH..  Superb kan?.. Walau majlis tinggal sebulan je lagi, CH masih bersyukur CH boleh siapkan berkat kahwin yang ditempah pelanggan lain.

Untuk D.I.Y Project part 1 ini, CH akan share dengan korang berkat kahwin jenis pumpkin atau nama glamer nya, ' kereta cindrella'.  Moga-moga boleh membantu korang!


Bahan-Bahan Yang Diperlukan 


Bakul Cindrella @ Pumpkin RM 3.50 SEBIJI

Reben yang telah siap dipotong.  Saiz 11cm

'Creepe Paper' /Kertas krip untuk membuat bunga.
(Dipotong berbentuk segi empat sama saiz 5cm)

Dawai halus

Gam Tembak

Bunga kecil - 3 biji RM1.20
**tambahan sticker jika memerlukan, bergantung kepada kemahuan.

STEP 1 -



 kertas yang dipotong segi empat sama, dilipat & di ikat dengan dawai halus.

STEP 2 - 

kembangkan kertas itu menjadi seperti bunga


STEP 3

 Masukkan bunga yang dikembangkan ke dalam bahagian atas pumpkin tersebut, di gamkan.

STEP 4

Gamkan reben yang telah dipotong ke bahagian tengan pumpkin

STEP 5

Gamkan bunga yang telah siap di bahagian kiri dan kanan atas pumpkin tersebut

HASILNYA



RM 3.50 //499 biji ke bawah
RM 2.80//500 biji ke atas

Bagi yang bermnat nak tempah dengan CH,boleh emailkan ke
 myaservicess77@gmail.com

Friday 1 June 2012

New York Skin Solutions Malaysia

Salam.
Untuk entri kali ni CH nak berkongsi mengenai pengalaman membuat rawatan muka di 
New York Skin Solutions.  Sebab, ramai yang bertanya dan minta CH berkongsi mengenainya melaui blog CH ini. Pengalaman ini bukan kerna CH pernah menjadi duta NYSS,tetapi kerna pengalaman CH.
Macam tagline CH, "all about lifestories".Heheeheh.

Tentang New York Skin Solutions

New York Skin Solutions ialah jenama penjagaan kulit yang terkenal di Amerika Syarikat. Ramai orang yang mengimpikan kulit yang berseri 15 tahun yang lalu dapat merealisasikannya sekarang. Testimoni-testimoni telah menjadikan jenama ini sangat terkenal dan perkhidmatan khas mereka diketahui ramai. Lebih daripada 98% pelanggan yang mencuba sesi rawatan kecantikan percubaan dapat melihat hasil dengan serta-merta.

New York Skin Solutions memberikan perkhidmatan penjagaan kulit satu lawan satu. Kumpulan produk penjagaan kulit mereka terdiri daripada ekstrak tumbuhan semula jadi yang direka khas untuk menyelesaikan semua masalah kulit orang Asia. Sekumpulan pakar penjagaan kulit yang pernah mengikuti latihan profesional yang meluas di New York Skin Solutions dapat memberikan pelanggan hasil yang positif dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang selama bertahun-tahun.

                                                                                                                                         sumber : NYSS



"Pakar bagaikan doktor kulit peribadi saya!"
Amy Noraine bt Mohd. Tamren | 24 tahun
Jerawat
"Sebagai pemandu pelancong, imej menjadi aset penting sebab saya banyak bersemuka dengan para pelancong. Bila saya mencuba produk terkemuka pada kulit saya yang pada mulanya tiada masalah, ia mula keluar banyak jerawat. Saya mengunjungi NYSS buat kali pertama bila terbaca testimoni mereka yang berjaya. Ia memberikan saya keyakinan. . Dalam 4 sesi sahaja, perubahan 40% sudah ketara. Jerawat tidak lagi tumbuh, kemerahan serta bengkak pun semakin berkurangan. Rawatan yang disyorkan begitu serasi dengan muka. Pakar bagaikan doktor peribadi saya!"
Pakar Kulit:
"Untuk membantu Amy, kulitnya perlu dibersihkan terlebih dahulu. Kotoran yang tersumbat pada muka perlu dikeluarkan agar nutrien yang disapukan dapat diserap secara mendalam ke dalam kulit. Dengan nutrient khas ini, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan pengeluaran jerawat. Antiseptik juga diaplikasikan untuk menghasilkan sel kulit baru. Dengan itu, jerawat akan menjadi kering tanpa meninggalkan sebarang parut. Kini kulit Noraini kelihatan cerah & begitu berseri sekali!"




Kalau lihat dari wajah sebelum CH membuat rawatan seperti di atas,  mesti ramai yang tak percaya.  Ada yang kata, sebab disolek...  Itu adalah gambar asli CH tau!  

Untuk pengetahuan korang!!
Kos untuk membuat rawatan adalah bergantung kepada kulit.
Jika kulit korang bermasalah, maka memang banyaklah kena keluar.

TAPI
TAHUKAH ANDA?????
Produk pencuci, seperti pembersih, toner, pelembab, tidak semahal yang disangka!
Hasilnya : seperti CH sekarang....

CH mengambil 33 kali rawatan muka (treatment) dengan harapan nak elokkan kulit muka kerna muka CH ketika itu, tak ubah macam TAR jalan raya yang kena turap...
Alhamdullilah!


Antara produk-produk yang boleh diperolehi. Tidak dijual kepada umum kecuali yang pernah mendapatkan rawatan sahaja!




Untuk teman-teman CH yang tiada masalah kulit, maintain tau. Jangan simply tukar produk, sebab kalau sesuka hati tukar sebab gatal atau saje-saje, korang semua akan terima nasib macam CH.  Kalau masa boleh di putar balik,CH taknak tukar produk.  Padan muka CH , atlast trpaksa bermodal besar untuk pulihkan balik.







Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...