Wednesday 30 January 2013

Travelogue Universal Studio Singapore

Salam teman-teman CH,
Sesuai dengan tajuk di atas tu, CH nak share lah sedikit info- info berguna pada teman-teman CH if ada yang berhajat nak ke sana tapi dalam bajet yang minimalis!.

Bukan Airasia aje boleh guna tagline "everyone can fly", kita- kita ni pon boleh.  
Asalkan kita tahu meletakkan bajet ke sesebuah destinasi!, tak gitu?

Tahu kah u'olls BAHAWA dengan RM 5 anda dah boleh sampai ke
 Universal Studio!

Tak percaya?
Sebenarnya dari Johor Bahru, terdapatnya shuttle bus menuju ke USS. Dikirakan sebagai bas tambang atau bahasa rojak, bas tenteng!.  Hanya RM 5 sehala dari Terminal Kotaraya JB dan SGD 5 dari USS ke Terminal Kotaraya JB.  Tak mahal kan?. Tapi ada sedikit info mengenai shuttle bus ini.

Terminal Kotaraya JB
(terminal ini adalah terminal khas bagi bas & teksi singapura menurunkan & mengambil penumpang menuju ke SG sahaja)



Ingin kan jadual pergerakan bas ini ke USS?

trivia
  • bas ini adalah bas henti-henti.  Jadi jika u'olls di Kastam Singapura agak lama, mereka tidak akan menunggu .  Tetapi anda jangan risau, bas seterusnya akan tiba dan mengambil anda. 
  • Simpan tiket bas bagi mengelakkan dikenakan bayaran sekali lagi.
  • Sebelum ke Kastam Singapura, pastikan KAD PUTIH untuk ke Singapura harus diisi selengkapnya.
  • Sediakan wang kecil atau wang yang cukup bagi membayar tambang kerana mereka tidak akan mengembalikan baki wang anda.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kastam Singapura menuju ke Universal Studio.





 trivia
  • bagi mengelakkan dari beratur panjang, baik u'olls membeli tiket terlebih dahulu , tak kiralah sama ada melalui online atau dari agent-agent yang berkenaan.  CH memang dah awal-awal punya tiket sebab CH kan agent pelancongan jugak? heheehehe.


Welcome To Universal Studio

__________________________________________
USS ni kan terbahagi kepada 7 bahagian taman permainan
Hollywood
Madagascar
 Far Far Away
The Lost World
Ancient Egypt
Sci-Fi City
New York


 trivia

harus u'olls ambil USS map sebelum melangkah lebih jauh di dalamnya.
Kenapa?  Sebab CH sendiri dah buat silap.  Konon tak nak ambil, padan muka, tak tentu hala & tak tau nak pergi yang mana satu dulu...

ussi53



berhadapan dengan Far Far Away




dari segi makanan, u'olls jangan risau kerana di sini mempunyai HALAL restaurant, dan jangan terkejut, walaupon negara mereka ditadbir oleh bukan Islam, mereka tetap menyediakan perkhidmatan SURAU/MUSOLAH di USS  ini.

Mengenai makanan, nasihat CH, if u'olls nak makan, boleh ambil set kombo seperti yang ada kat dalam tu.  Why?. Agak jimat jugak.  Set Kombo di sana serendah SGD 12 (RM 28.80) .  Memang mahal jika dibandingkan dengan kadar tukaran wang negara kita.  Tapi itulah hakikatnya, kerana wang mereka lebih tinggi dari kadar matawang negara kita.   Antara lain, yang boleh dikongsi, if u'olls nak makanan ringan macam pop corn- di sini harganya serendah SGD 6 (RM 14.60) termasuk 1 mineral water. 
 Kalau nak bawa makanan boleh kot (tak pasti) sebab so far, diaorg tak periksa pon beg masing-masing.


So di bawah ni sebahagian foto untuk tontonan u'olls







 

 sekitar kawasan Ancient Egypt





 sekitar kawasan Sci-Fi City








sekitar kawasan New York

trivia
CH menunggu 2 jam hanya untuk transfomer ride! haish

___________________________________________________________________
xoxo



Baitul Ahmad Charity Work

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul untuk teman-teman CH.

Untuk entri kali ini, seperti yang CH janjikan, CH akan update mengenai kerja amal yang baru sahaja diadakan pada 24th Januari 2013 kelmarin.

Seperti biasa, CH akan ceritakan ye,mengenai Pusat Jagaan Baitul Ahmad (Rumah Anak-Anak Yatim)
Terdahulu, mengenai PJBA ini diberitahu oleh mak CH, sewaktu dia membaca surat khabar Harian Metro yang CH sendiri tidak ingat tarikh artikel mengenai PJBA ini.  Dipendekkan cerita, bermula dari situ, mak memberikan dana peribadi berterusan kepada PJBA sehingga PJBA berkehendak untuk ' turun' Johor Bahru untuk melihat sendiri individu yang telah mmemberikan dana kepada PJBA.  Untuk makluman teman-teman, dana peribadi mak CH tidak banyak mana pon, tetapi kerana mereka ingin melihat sendiri mak CH, maka telah diberitahu kami bahawa pada tarikh 24th Januari 2013, mereka akan adakan lawatan ke Johor Bahru tanpa mengharapkan apa-apa persediaan.  Kiranya, dalam fikiran PJBA ketika itu, hanya turun Johor Bahru, tidur dalam bas, dan kemudian kembali semula ke PJBA yang terletak di Kedah.

Jadi bermula tempoh kurang 2 minggu dari tarikh kunjungan PJBA ke Johor, mak CH, dan ahli keluarga lain telah pon sibuk memikirkan aktiviti selain memaparkan dalam facebook masing-masing mengenai kerja amal yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.  Bohonglah kalau CH katakan, bahawa banyak pihak yang memandang rendah usaha CH sekeluarga untuk menganjurkan majlis untuk PJBA  ini, tapi kami percaya bahawa niat baik pasti akan di balas baik.  Bermula dari situ, CH mula mengumpulkan dana dari kawan-kawan facebook CH, selain mengambil barangan untuk disumbangkan kepada PJBA dari rumah masing-masing.  

Seminggu sebelum tarikh kunjungan PJBA,satu-satu panggilan diterima bagi memberikan sumbangan.  Alhamdullilah.  Percaya atau tidak, dana terkumpul ialah RM 1125 sehingga tarikh PJBA berkunjung dan paling menggembirakan CH sekeluarga, pihak STARBUCK menaja bagi minuman petang dan aktiviti permainan pada tarikh itu.  Pihak UTM Skudai pula memberi tajaan tempat penginapan berbentuk dorm di institusi tersebut.

Percayalah, bahawa perkara yang baik akan dibalas baik.  Untuk teman-teman CH, foto yang di uploadkan di dalam blog ini menceritakan segala-galanya.  

mereka datang menggunakan bas tambang atau kita kenali sebagai bas tenteng




membawa mereka melihat Masjid Sultan Abu Bakar 


Kota Iskandar
*mak CH yang berkurung kuning cream. 






#STARBUCK




















sesi makan! yeay!!!





banyak kan? Alhamdulillah.









Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.  Moga Allah merahmati dan memberikan limpahan rezeki kepada mereka-mereka yang telah memberikan sumbangan tak kira dari segi kewangan mahupun barangan.

Terima Kasih tidak terhingga kepada:
#UTM SKUDAI bagi tajaan tempat penginapan
#SPGRENGGAMPERUSAHAANZAINAB bagi tajaan sarapan pagi
#AUNTY ELLEANOR bagi tajaan khidmat pemandu pelancong
#semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung bagi acara ini.



Amin. Ya Rabbal A'lamin.

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...