Tuesday 1 March 2016

Hadiah or doorgift perkahwinan by AdeliaeauDe2

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama Ami x update blog ni.
Makan bertahun jugak sebab sibuk uruskan anak dan perniagaan.
Alhamdulillah.  Rezeki.


Ami nak berkongsi mengenai perniagaan terbaru Ami selain transport.
Bagi yang mencari doorgift kahwin, atau apa-apa sahaja majlis, Ami ada menjual dan membekalkan pocket spray.

Ramai yang tidak mengetahui sekarang sudah jadi seakan trend di mana memberi doorgift berbentuk minyak wangi.  Senang sahaja untuk di jadikan hadiah istimewa buat tetamu.
Nak Ami hasilkan dalam kotak ekslusif juga boleh!






Berminat? Ada bermacam2 lagi!
Untuk harga yang dilihat adalah yang jualan satu satuan
Pm jika berminat! Serendah RM 5sahaja tertakluk kepada terma.
Whats App +60163693088 atau +60177861306Amy)

Terima Kasih.





Tuesday 4 November 2014

Baby Spa in Johor Bahru

23October 2014
CH dengan hubby hari ni tiba-tiba datang mood nak bawak NurAdelia Amani pergi spa...
Kebetulan CH google.. ternampak pula di Johor Bahru ada nya Baby Spa...

Nak tahu lokasi?

East Wing Level 4
Sutera Mall Johor Bahru..

Sewaktu CH ke sana, memandangkan NurAdelia Amani first time, maka dikenakan bayaran RM76 sahaja bagi spa dan berenang...  Durasi masa sekitar 45 minit...  
Memang syok tengok anak kita enjoy di spa terbabit..









Hilang rasa penat bila tengok NurAdelia Amani enjoy...
Sure mummy bawak lagi as reward untuk nyawa mummy k.
Luv u .

NurAdelia Amani

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulilah..

NurAdelia Amani Binti Mohd Hafez
Tarikh : 8th September 2014
Masa : 4.47pm
Berat: 2.9KG
_________________________________________________________________________________
Syukur ..
Zuriat yang kami nantikan akhirnya selamat dilahirkan secara normal.
Agak lucu bila CH macam tak percaya CH dah jadi 'mak-mak'...
Syukur sebab dapat merasakan pengalaman melahirkan anak..
Memang tak terucap sakitnya Ya Allah...  
Tapi memang Allah permudahkan urusan sewaktu CH melahirkan Amani.....
Syukur...

Agak lucu juga sebab kami tak prepare secara keseluruhan sebab menjangkakan Amani keluar lagi seminggu  nya lagi.. Sempat jugak CH dengan suami shopping sakan pada sebelah siangnya.... 
Manalah tau pada sebelah malamnya, tiba2 tanda-tanda nak bersalin telah pon ada.........








Nyawa mummy....
NurAdelia Amani Binti Mohd Hafez

Wednesday 3 September 2014

Pakej Family Day di Lotus Desaru


Salam, untuk entri kali ini, CH nak berkongsi untuk pakej baru yang dikeluarkan oleh syarikat CH,

Syarikat kami menerima mana-mana syarikat atau individu yang ingin mengadakan
 Hari Keluarga di Lotus Desaru.
Berikut adalah harga yang diberikan.
Harga berubah tergantung kepada bulan untuk mengadakan Hari Keluarga tersebut.










Harga ini adalah sah bagi tahun 2014.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 

TEL : 0163693088 (24HOURS) 
atau 
emailkan ke myaservices77@gmail.com
_________________________________________________________________________________
Pakej Hari Keluarga
Minima : 20 orang
Tempahan diambil sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh kunjungan
Harga bermula dari RM 520++ SEORANG!

_________________________________________________________________________________
Pakej Termasuk :-
2 malam penginapan di Lotus Desaru Resort
2 x Buffet Breakfast / 1 x Buffet Lunch / 1 x Buffet Dinner/ 1 x BBQ Dinner
Tiket Percuma di Waterpark & Penggunaan GYM
Tele-match (min 5 permainan) ATAU Treasure Hunt (Pilih salah satu)
Welcome Drink 
Cenderamata dari MYA TRANSPORT SERVICES

* Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan bas dari tempat perkumpulan**



Sunday 3 August 2014

Alicia Sequin Dress By ZAWARA


Salam kawan-kawan,
Untuk entri kedua bulan Aidilfitri ini, CH nak sharela sikit mengenai dress yang CH pakai sewaktu raya pertama..  Ramai yang bertanya...  Tapi CH tak dapat nak beritahu jelas sebab tengah hari raya kan, jadi macam jwapan tak berapa keluar dari mulut CH...


Untuk yang tinggal di Johor Bahru, boleh langsung ke butik di belakang Jakel Uda Business Centre.
ATAU

CH pilih warna biru sebab husband yang suruh.. Hehehehe..



Maaf sebab posisi CH duduk, almaklumlah, Mak Buyong kan!

Selamat cuci mata kengkawan!
~corakhati~

Pasar Karat Rengit- Barangan Perabut dan Elektrik Terpakai

Salam kawan-kawan,
Rasanya dah lama CH tak upload story dalam blog ni.
Since CH mengandung ni terasa macam NO MOOD aje..  Tapi hari ni tiba-tiba ada mood balik..Ceywah!
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi pengalaman mengenai Pasar Barangan Terpakai yang terletak di Batu Pahat Johor .  Sememangnya tempat ini dah lama diketahui umum.  Cuma CH tak pernah berkunjung kecuali baru-baru ini, saja jengah ke sana.  Kot kalau ada yang berkenan, so tinggal grab sahajalah...

So bila CH dan suami serta mak CH sampai sahaja di sini.. Terus terjojol biji mata.
SEBAB??
Terlalu banyak barangan terpakai yang ada di sini dan harganya terlalu murah...
Tapi anda jangan salah faham ya, perabut dan barang yang ada di sini sangat berbaloi...
Dan perabut dan barangan yang ada disini semuanya dari Singapura....
Mereka disini akan membaikinya sehingga menampakkan ianya seperti baru!


Intention CH ke sini sebab CH nak tengok dengan mata sendiri mengenai tempat ini.  
So senanglah CH share dengan anda semua...

DIRECTION??
  • Ikut EXIT Simpang Renggam
  • Lepas bayar tol, ikut kiri dan terus sahaja...  Jangan belok-belok sampai jumpa trafik light.. Terus sahaja sehinggalah nampak Pasar Awam Rengit di sebelah kiri. bertentangan dengan Daily Fresh Kiosk....
  • Dari tol Simpang Renggam ke Pasar Awam Rengit sekitar 30 minit tergantung keadaan trafik.













Bagi yang gemar kerusi jati dan apa-apa sahaja berbentuk kayu, di sini memang banyak koleksi itu...
Tapi CH sarankan pergi sehingga ke barisan belakang kerana lebih banyak pilihan dan boleh ditawar sehabis mungkin.  CH memang tidak langsung beli.. CH mengambil masa selama 4 jam untuk survey dan melihat dengan teliti barangan yang mana perlu untuk CH beli.....
Percayalah tiadak ruginya datang ke sini.  Sewaktu CH ke sini, ada satu pasangan suami isteri dari Terengganu membeli barangan perabot disini dan menjualnya semula di Terengganu..  
Nampak tak ianya boleh dijadikan sebagai satu bidang perniagaan juga selain ingin berjimat dalam membeli kelengkapan rumah. 

Apapon,selamat mencuci mata bagi yang ingin berkunjung ke sini ya.!
Jangan lupa bawak duit yang banyak...  Percayalah dengan RM1500 dah boleh lengkap dengan kerusi ruang tamu, ruang makan, almari baju ...  Kalau nak lebih lagi,, sila naikkan jumlah bajet anda... 



~corakhati~

Wednesday 9 April 2014

Pemakanan & simptom di awal kehamilan

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi mengenai pengalaman CH dalam awal kehamilan.. Alhamdullilah sekarang ini CH dalam trimester ke2....  Alhamdullilah memang tidak banyak ragam...  
Bohongla kalau tiada kan?

Antara simptom-simpton yang CH alami....

1. Muntah-muntah lebih kurang dalam seminggu masa kehamilan berusia 8 minggu...
(tergantung kepada kondisi ibu-ibu hamil)
2.Letih /Lesu
3. Sukar membuang air besar
4. Kerap membuang air kecil (trimester kedua)
_________________________________________________________________________________

Pemakanan yang CH amalkan

Firstly susu...  CH mengamalkan minum Anmum Materna
CH tak pernah putus bekalan selama dari trimester 1 sampai sekarang ini.
So far, CH tiada masalah alahan terhadap jenama ini. 



2. Pemakanan tambahan.. CH ambil atas nasihat rakan...
Untuk trimester 1, CH ambil ...
CH amalkan minum pagi selepas sarapan.
Untuk maklumat lanjut, kena refer di Shaklee


..

3. Setiap malam, sebelum tidur, CH amalkan minum Jus Delima  
Kepentingan nya adalah untuk memberi tenaga .
Amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.  
Yang CH beli di mana-mana hypermarket.


4. Saffron.
Mungkin nampak aneh.  Tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui bentuk dan khasiatnya.
Saffron ini biasanya direndam dan dicampur susu(bagi masyarakat berbangsa india..  Lalu diminum..
Jika tidak rendam sahaja begitu lalu diminum..  
Khasiatnya untuk otak bayi dalam kandungan..
CH tau mengenainya dari sahabat CH yang berpengalaman...


5. Kekacang seperti almond, kismis, kurma, kacang tanah yang siap digoreng,..


6. Buah-buahan..

Buah Naga
. Kaya dengan pelbagai khasiat.  Juga sangat digalakkan bagi ibu-ibu hamil.
Tembikai Susu
Buah Kegemaran Rasullah S.A.W

Betik


Buah Delima


CH harap, apa yang dikongsi boleh diguna pakai oleh kawan-kawan.
CH berkongsi dari pengalaman sendiri.
Doakan CH selamat melahirkan ya!

~xoxo~



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...