Sunday 3 August 2014

Alicia Sequin Dress By ZAWARA


Salam kawan-kawan,
Untuk entri kedua bulan Aidilfitri ini, CH nak sharela sikit mengenai dress yang CH pakai sewaktu raya pertama..  Ramai yang bertanya...  Tapi CH tak dapat nak beritahu jelas sebab tengah hari raya kan, jadi macam jwapan tak berapa keluar dari mulut CH...


Untuk yang tinggal di Johor Bahru, boleh langsung ke butik di belakang Jakel Uda Business Centre.
ATAU

CH pilih warna biru sebab husband yang suruh.. Hehehehe..



Maaf sebab posisi CH duduk, almaklumlah, Mak Buyong kan!

Selamat cuci mata kengkawan!
~corakhati~

Pasar Karat Rengit- Barangan Perabut dan Elektrik Terpakai

Salam kawan-kawan,
Rasanya dah lama CH tak upload story dalam blog ni.
Since CH mengandung ni terasa macam NO MOOD aje..  Tapi hari ni tiba-tiba ada mood balik..Ceywah!
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi pengalaman mengenai Pasar Barangan Terpakai yang terletak di Batu Pahat Johor .  Sememangnya tempat ini dah lama diketahui umum.  Cuma CH tak pernah berkunjung kecuali baru-baru ini, saja jengah ke sana.  Kot kalau ada yang berkenan, so tinggal grab sahajalah...

So bila CH dan suami serta mak CH sampai sahaja di sini.. Terus terjojol biji mata.
SEBAB??
Terlalu banyak barangan terpakai yang ada di sini dan harganya terlalu murah...
Tapi anda jangan salah faham ya, perabut dan barang yang ada di sini sangat berbaloi...
Dan perabut dan barangan yang ada disini semuanya dari Singapura....
Mereka disini akan membaikinya sehingga menampakkan ianya seperti baru!


Intention CH ke sini sebab CH nak tengok dengan mata sendiri mengenai tempat ini.  
So senanglah CH share dengan anda semua...

DIRECTION??
  • Ikut EXIT Simpang Renggam
  • Lepas bayar tol, ikut kiri dan terus sahaja...  Jangan belok-belok sampai jumpa trafik light.. Terus sahaja sehinggalah nampak Pasar Awam Rengit di sebelah kiri. bertentangan dengan Daily Fresh Kiosk....
  • Dari tol Simpang Renggam ke Pasar Awam Rengit sekitar 30 minit tergantung keadaan trafik.













Bagi yang gemar kerusi jati dan apa-apa sahaja berbentuk kayu, di sini memang banyak koleksi itu...
Tapi CH sarankan pergi sehingga ke barisan belakang kerana lebih banyak pilihan dan boleh ditawar sehabis mungkin.  CH memang tidak langsung beli.. CH mengambil masa selama 4 jam untuk survey dan melihat dengan teliti barangan yang mana perlu untuk CH beli.....
Percayalah tiadak ruginya datang ke sini.  Sewaktu CH ke sini, ada satu pasangan suami isteri dari Terengganu membeli barangan perabot disini dan menjualnya semula di Terengganu..  
Nampak tak ianya boleh dijadikan sebagai satu bidang perniagaan juga selain ingin berjimat dalam membeli kelengkapan rumah. 

Apapon,selamat mencuci mata bagi yang ingin berkunjung ke sini ya.!
Jangan lupa bawak duit yang banyak...  Percayalah dengan RM1500 dah boleh lengkap dengan kerusi ruang tamu, ruang makan, almari baju ...  Kalau nak lebih lagi,, sila naikkan jumlah bajet anda... 



~corakhati~

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...