Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan Cari Makan. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Pasar Karat Rengit- Barangan Perabut dan Elektrik Terpakai

Salam kawan-kawan,
Rasanya dah lama CH tak upload story dalam blog ni.
Since CH mengandung ni terasa macam NO MOOD aje..  Tapi hari ni tiba-tiba ada mood balik..Ceywah!
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi pengalaman mengenai Pasar Barangan Terpakai yang terletak di Batu Pahat Johor .  Sememangnya tempat ini dah lama diketahui umum.  Cuma CH tak pernah berkunjung kecuali baru-baru ini, saja jengah ke sana.  Kot kalau ada yang berkenan, so tinggal grab sahajalah...

So bila CH dan suami serta mak CH sampai sahaja di sini.. Terus terjojol biji mata.
SEBAB??
Terlalu banyak barangan terpakai yang ada di sini dan harganya terlalu murah...
Tapi anda jangan salah faham ya, perabut dan barang yang ada di sini sangat berbaloi...
Dan perabut dan barangan yang ada disini semuanya dari Singapura....
Mereka disini akan membaikinya sehingga menampakkan ianya seperti baru!


Intention CH ke sini sebab CH nak tengok dengan mata sendiri mengenai tempat ini.  
So senanglah CH share dengan anda semua...

DIRECTION??
  • Ikut EXIT Simpang Renggam
  • Lepas bayar tol, ikut kiri dan terus sahaja...  Jangan belok-belok sampai jumpa trafik light.. Terus sahaja sehinggalah nampak Pasar Awam Rengit di sebelah kiri. bertentangan dengan Daily Fresh Kiosk....
  • Dari tol Simpang Renggam ke Pasar Awam Rengit sekitar 30 minit tergantung keadaan trafik.













Bagi yang gemar kerusi jati dan apa-apa sahaja berbentuk kayu, di sini memang banyak koleksi itu...
Tapi CH sarankan pergi sehingga ke barisan belakang kerana lebih banyak pilihan dan boleh ditawar sehabis mungkin.  CH memang tidak langsung beli.. CH mengambil masa selama 4 jam untuk survey dan melihat dengan teliti barangan yang mana perlu untuk CH beli.....
Percayalah tiadak ruginya datang ke sini.  Sewaktu CH ke sini, ada satu pasangan suami isteri dari Terengganu membeli barangan perabot disini dan menjualnya semula di Terengganu..  
Nampak tak ianya boleh dijadikan sebagai satu bidang perniagaan juga selain ingin berjimat dalam membeli kelengkapan rumah. 

Apapon,selamat mencuci mata bagi yang ingin berkunjung ke sini ya.!
Jangan lupa bawak duit yang banyak...  Percayalah dengan RM1500 dah boleh lengkap dengan kerusi ruang tamu, ruang makan, almari baju ...  Kalau nak lebih lagi,, sila naikkan jumlah bajet anda... 



~corakhati~

Wednesday, 26 March 2014

Travelog Bandung

Salam kawan-kawan,
Lama rasanya tak update... Almaklumlah, terlalu sibuk dengan kerja dan mood hamil yang membuatkan CH malas... Heheheeh...
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi cerita mengenai pemergian CH ke Bandung baru-baru ini....
Tapi kali ini CH tidak mempunyai tujuan sebenar, kerana asalnya adalah untuk menemani makcik dan sepupu yang tak pernah berkunjung ke Bandung... Untuk kunjungan kali ini, adalah kunjungan kedua ke Bandung yang tidak kena mengena dengan kerja CH.

dengan selambanya, CH dan Suraya cousin CH makan rendang yang dimasak di departure hall.. 
Haahaahaha.. Giler kan?.. Sambil dilihat oleh orang kiri kanan.. Mungkin baunya yang sangat kuat!!



subhanaAllah.......

Setelah 2jam perjalanan, sampailah jua..

Ini adalah penginapan CH... Sangat recommend sebab betul-betul di Cihampelas Street... So tak perlu nak naik cab untuk ke sini... Siapkan tenaga sahaja..




So pad malamnya, kami telah pon membuat keputusan untuk jalan-jalan sekitar hotel...  Dalam hati CH,   rindukan Gurame Kipas Indonesia...  Alhamdullilah, ada jugak.. nasib belakang hotel je...


tengok tu, Makngah CH serius betul time makan..


pemandangan di lobi

Actually pesawat kami masa hari pertama delayed untuk 2 jam lamanya... So memang akan tertekan sebab masa tinggal sehari sahaja (besoknya) untuk lengkapkan aktiviti siar-siar kami....  CH memang hanya tumpu 2 tempat di Bandung iaitu Pasar Baru & Cihampelas Walk..  Kali ini memang takde plan nak ke Tangkuban Perahu, Rumah Mode dan bermacam-macam lagi kerana batasan waktu....




suasana Pasar Baru


TIPS UNTUK ANDA

*sila bawak beg kosong untuk berbelanja ke Pasar Baru...  Macam luggage bag, jadi senang, tak perlu menjinjing barangan pembelian anda.... Percayalah, memang takkan cukup masa walau 5 jam anda di dalamnya.
*Jika ingin makan di sini, terletak di tingkat tujuh, TAPI kena terus pergi kedai makan yang anda nak buat pesanan.  Jika tidak, anda akan dikerumuni umpama ARTIS yang akan memaksa anda memilih makanan dari mereka...  Seriusly!
*Kalau ada orang minta sedekah selama anda ke mana-mana, JANGAN BERI.. kerana nanti akan ada yang mengekori anda dan meminta lagi!
*Pastikan anda buat tawaran sehabis mungkin dan JANGAN gunakan kalkulator untuk mengira di hadapan mereka,  DAN JANGAN comparekan currency di hadapan mereka.
*Jangan ambil taxi di hadapan Pasar Baru ke hotel anda KERANA harga potong kepala (mahal)
Sebaiknya biar yang anda dah chartered khas untuk mengambil anda

ok, ini hasilnya... selama 6 jam di dalamnya.

Kawasan Luar Hotel
Jika bergerak ke bahagian atas, menghala ke Cihampelas Walk!  Senangkan?




So pada malamnya, kami menukar selera untuk mencuba sesuatu yang baru...
Seperti yang dikatakan oleh tman CH, harus try IGA BAKAR,.. So CH pon try google.. 
 Memang best hotel ni, sebab, jalan sikit dan jumpa warung IGA BAKAR....



Rasa dia ala-ala Sizzling..  Sup dia(kiri) seriusly sedap!





 Apapon, CH sangat teruja kali ini kerana CH pergi bukan sekadar ditemani saudara, juga baby CH di dalam perut ni.. Hehehehehehe...

TIPS UNTUK ANDA
*Asingkan IDR 75 000 seorang untuk airport tax di Bandung...  Ini adalah by law...
*Kalau nak wrapping, boleh dibuat di airport dengan kadar serenda IDR 10000 setiap bag..
*Kalau flight jam 1000 (waktu indonesia), sejam sebelum mesti ada airport pon takpe, sebab CH rasa, diaorg memang sangat relax ... Haish, kalau kat Malaysia, 3 jam dah awal-awal kat airport..  CH stress dengan ke'slow'an itu!!


xoxo
Corakhati.blogspot

Tuesday, 5 November 2013

Pakej Bali Murah hanya dari MYA TRANSPORT SERVICES

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH ingin mewar-warkan mengenai Pakej Bali yang dikeluarkan oleh syarikat CH..
Bagi yang mungkin ragu-ragu, anda boleh melihat di FB MYA-Transport-Services..Boleh lihat juga testimoni dari customer CH sebelum ini...
Walaupon CH mempunyai syarikat yang menawarkan pakej untuk mereka yang ingin berjalan-jalan, 
CH ingin berkongsi juga bagi mereka-mereka yang punya bajet tertentu dalam melancong ke Bali ini..
Nasihat CH, korang harus booking flight terlebih dahulu.. Itu yang paling penting...  
Kemudian, bila dah booking tiket kapal terbang, barulah mencari pakej-pakej destinasi yang korang ingin kunjungi...




Di bawah ini adalah harga Pakej Bali yang dikeluarkan oleh syarikat MYA TRANSPORT SERVICES..
Harus diingatkan, dibawah ini adalah Ground Cost sahaja. 
Bermaksud tidak termasuk tiket pesawat....


Pakej di atas sah sehingga JUNE 2014 TIDAK TERMASUK SURCHARGE pada musim cuti sekolah atau cuti umum.


Jika mungkin ada yang ingin bertanya apa-apa...
Sila hubungi : SMS/WHATS APP
0163693088 atau email ke myaservices77@gmail.com


xoxo
corakhati.blogspot

Saturday, 5 October 2013

Lotus Desaru Beach Resort - Review

Salam kawan-kawan,
Untuk entri ini, CH nak berkongsi ulasan mengenai Lotus Desaru Johor Darul Takzim.
Baru-baru ini, CH ada membawa rombongan dan menginap di Resort ini..  Sedikit ulasan untuk rujukan kawan-kawan if u'olls nak bercuti membawa keluarga ke sini..
Jujurnya, CH dah lama tak berkinjung ke sini.. Terakhir kali pada 3 tahun lepas, sekadar menurunkan guest dan mengambil mereka semula tanpa dapat peluang menginap di sini.  Jadi peluang yang ada ni, CH guna pakai untuk survey apa yang ada dan yang boleh u'olls bawa jika bercuti ke sini...

                                                                                                               taken by google

Apa yang CH boleh katakan, kemudahan yang ada di sini sekarang ini adalah jauh lebih baik berbanding CH ke sini 3 tahun dahulu..  Kemudahan dan kesemuanya telah dibaik pulih, sesuai dengan lokasinya yang menjadi tumpuan tak kira masyarakat tempatan atau pelancong dari luar..


TRIVIA
  • Resort ini adalah berkonsepkan apartment style! 

  • Dari satu blok ke blok yang lain jika berjauhan ada khimat "buggy" yang beroperasi dari jam 9am ke 11pm...  Mereka sangat friendly...


  • Bilik sangat luas! Tetapi jika ada warga tua, mereka harus naik satu tingkat ke atas untuk ke katil utama ..




  • Di tingkat bawah ada sofa dan boleh dijadikan sebagai tempat tidur juga jika anda mempunyai 3 orang untuk diletakkan di dalam satu bilik..
  • Jika anda tertanya sama ada muat atau tidak  jika ingin membawa mattress sendiri or tikar or whatever bagi menjimatkan kos! Sangat-sangat dibolehkan kerna ruang di tingkat bawah sangat luas!
  • Mempunyai 2 taman air untuk seisi keluarga beriadah
  • Sewaktu check-in , mereka akan memberikan "wristband" dan kad kemudahan asas seperti gym di sini..  Tetapi tergantung kepada bilik yang diambil.. Jika bilik itu untuk 2 orang, maka 2 voucher makan pagi+2 wristband+2 kad kemudahan asas akan diberikan..  Jika anda mempunyai senarai lebih dari yang berdaftar, anda harus biaya sendiri sewaktu ingin menggunakannya..

  • Jika anda terasa lapar untuk tiba-tiba pada waktu tengah malam, anda boleh ke "Teratai by Seaview Restaurant di mana disitu beroperasi dari jam 12am sehingga 3am...  Dan terdapat juga Rhu Bar yang beroperasi sehingga jam 12am...


So CH harap review CH ini membantu u'olls ya!!!
~tenkiu~

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...