Saturday 5 October 2013

Lotus Desaru Beach Resort - Review

Salam kawan-kawan,
Untuk entri ini, CH nak berkongsi ulasan mengenai Lotus Desaru Johor Darul Takzim.
Baru-baru ini, CH ada membawa rombongan dan menginap di Resort ini..  Sedikit ulasan untuk rujukan kawan-kawan if u'olls nak bercuti membawa keluarga ke sini..
Jujurnya, CH dah lama tak berkinjung ke sini.. Terakhir kali pada 3 tahun lepas, sekadar menurunkan guest dan mengambil mereka semula tanpa dapat peluang menginap di sini.  Jadi peluang yang ada ni, CH guna pakai untuk survey apa yang ada dan yang boleh u'olls bawa jika bercuti ke sini...

                                                                                                               taken by google

Apa yang CH boleh katakan, kemudahan yang ada di sini sekarang ini adalah jauh lebih baik berbanding CH ke sini 3 tahun dahulu..  Kemudahan dan kesemuanya telah dibaik pulih, sesuai dengan lokasinya yang menjadi tumpuan tak kira masyarakat tempatan atau pelancong dari luar..


TRIVIA
  • Resort ini adalah berkonsepkan apartment style! 

  • Dari satu blok ke blok yang lain jika berjauhan ada khimat "buggy" yang beroperasi dari jam 9am ke 11pm...  Mereka sangat friendly...


  • Bilik sangat luas! Tetapi jika ada warga tua, mereka harus naik satu tingkat ke atas untuk ke katil utama ..




  • Di tingkat bawah ada sofa dan boleh dijadikan sebagai tempat tidur juga jika anda mempunyai 3 orang untuk diletakkan di dalam satu bilik..
  • Jika anda tertanya sama ada muat atau tidak  jika ingin membawa mattress sendiri or tikar or whatever bagi menjimatkan kos! Sangat-sangat dibolehkan kerna ruang di tingkat bawah sangat luas!
  • Mempunyai 2 taman air untuk seisi keluarga beriadah
  • Sewaktu check-in , mereka akan memberikan "wristband" dan kad kemudahan asas seperti gym di sini..  Tetapi tergantung kepada bilik yang diambil.. Jika bilik itu untuk 2 orang, maka 2 voucher makan pagi+2 wristband+2 kad kemudahan asas akan diberikan..  Jika anda mempunyai senarai lebih dari yang berdaftar, anda harus biaya sendiri sewaktu ingin menggunakannya..

  • Jika anda terasa lapar untuk tiba-tiba pada waktu tengah malam, anda boleh ke "Teratai by Seaview Restaurant di mana disitu beroperasi dari jam 12am sehingga 3am...  Dan terdapat juga Rhu Bar yang beroperasi sehingga jam 12am...


So CH harap review CH ini membantu u'olls ya!!!
~tenkiu~

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...