Wednesday 3 July 2013

Travelog ke Batam PART I

Salam kawan-kawan.
Untuk entri ini, CH nak berkongsi cerita mengenai travelog ke Batam... 
 Memang ramai yang tahu Batam, tak kurang juga yang langsung tak mengetahui mengenai Batam.  Mana tau ada yang nak berkunjung ke sana, boleh jadikan tips CH sebagai panduan (bunyi so skema)...

Tahukah anda?
Bahawa sekarang ini, di Johor Bahru telah dibuka,satu lagi pintu untuk ke Indonesia & Singapore..?  Tetapi ramai yang tidak mengetahuinya.  Kalau u'olls ada pernah ke kawasan Hello Kitty Malaysia yang terletak di Nusajaya, ianya cuma 5 minit jalan kaki sahaja ke sana.  Tak jauh tau!  Tambahan, jauh lebih selesa berbanding terminal feri sedia ada, iaitu Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru.

Nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai harga tiket?
Sila lihat di bawah ini.


Tiket dari Putri Harbour ke Batam (Harbour Bay) 
RM 100 2hala @ RM 60 sehala

RM 12 sea port tax dari Putri Harbour -Batam
IDR 80 000 sea port tax dari Batam - Putri Harbour.


*******************************
CH kali pertama menggunakan perkhidmatan ini memandangkan ianya baru dibuka.
Pada CH, ia sungguh selesa.



inilah dia feri yang CH & hubby naiki....

So perjalanan ambil masa kira-kira 1 jam 45 minit bergantung kepada keadaan laut.
Dah lama CH tak naik, dah mula mabuk laut saat feri hoyong hayang. Hahahahhahahahah.

Sampai sahaja di Batam, terus check in The Hills Batam.




actually gambar di atas ni adalah pada hari ke2 kami di sini.  
Saja kasi pic ni, nak u'olls nampak gambar hotel yang sebenar.  
Kalau ikutkan, kami sampai di hotel malam. sekitar jam 6.30pm (INDO time)  =P.
So untuk kadar taxi dari Harbour Bay Batam ke hotel kami hanya sekitar IDR 50 000 @ RM 17

tadaa!!!!.  Jadilah untuk 2 malam... Heehehehe.


TRIVIA
KENAPA HARUS PILIH The Hills Batam????
@Strategik, di tengah-tengah bandar.
@5 minit jalan kaki ke shopping mall
@3 minit jalan kaki ke Spa Center
@5 minit untuk ke bank
@5 minit untuk ke kedai 24 jam namanya 'K'


So, aktiviti hari pertama bila dah sampai?.
Haruslah survey + shopping!!!!!.  
So CH with hubby langsung ke Nagoya Hill Plaza yang hanya terletak 5 minit dari hotel.  
So selama 3 hari sebenarnya, ulang alik mall di depan hotel, kerana cost yang murah bila berbelanja di sana.  


So, masa hari pertama, kami memilih untuk makan makanan khas Indonesia khusus di Batam..
Di rumah makan Citra Pempek.
Nak tau kami order apa?
# sayur asam
# ayam penyet versi Batam
# tomyam 
# Lenggang (telur dadar +pempek)
# coca cola
# jus sirsak ( durian belanda)


 sewaktu benar-benar lapar....
wajah kekenyangan.
Selagi namanya travel kan, kita kena belajar dan rasa makanan di negara orang.
Memang sedap tau! . Terasa betul rempah masakan tersebut..
So, total makan untuk hari ini sekitar IDR 80 000 @ RM 26  kalau CH tak salah.

Setelah makan, barulah kita enjoy!!!




Selesai aktiviti di hari pertama....Huh! Kalau lama di sini, mau bankrup asyik shopping sahaja.
Huhuhuhu...

Nak tau entri selanjutnya di hari kedua?
Kena pergi di entri seterusnya........


xoxo
CH







No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...