Showing posts with label moment kehidupan. Show all posts
Showing posts with label moment kehidupan. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Pemakanan & simptom di awal kehamilan

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi mengenai pengalaman CH dalam awal kehamilan.. Alhamdullilah sekarang ini CH dalam trimester ke2....  Alhamdullilah memang tidak banyak ragam...  
Bohongla kalau tiada kan?

Antara simptom-simpton yang CH alami....

1. Muntah-muntah lebih kurang dalam seminggu masa kehamilan berusia 8 minggu...
(tergantung kepada kondisi ibu-ibu hamil)
2.Letih /Lesu
3. Sukar membuang air besar
4. Kerap membuang air kecil (trimester kedua)
_________________________________________________________________________________

Pemakanan yang CH amalkan

Firstly susu...  CH mengamalkan minum Anmum Materna
CH tak pernah putus bekalan selama dari trimester 1 sampai sekarang ini.
So far, CH tiada masalah alahan terhadap jenama ini. 



2. Pemakanan tambahan.. CH ambil atas nasihat rakan...
Untuk trimester 1, CH ambil ...
CH amalkan minum pagi selepas sarapan.
Untuk maklumat lanjut, kena refer di Shaklee


..

3. Setiap malam, sebelum tidur, CH amalkan minum Jus Delima  
Kepentingan nya adalah untuk memberi tenaga .
Amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.  
Yang CH beli di mana-mana hypermarket.


4. Saffron.
Mungkin nampak aneh.  Tapi mungkin ramai yang tidak mengetahui bentuk dan khasiatnya.
Saffron ini biasanya direndam dan dicampur susu(bagi masyarakat berbangsa india..  Lalu diminum..
Jika tidak rendam sahaja begitu lalu diminum..  
Khasiatnya untuk otak bayi dalam kandungan..
CH tau mengenainya dari sahabat CH yang berpengalaman...


5. Kekacang seperti almond, kismis, kurma, kacang tanah yang siap digoreng,..


6. Buah-buahan..

Buah Naga
. Kaya dengan pelbagai khasiat.  Juga sangat digalakkan bagi ibu-ibu hamil.
Tembikai Susu
Buah Kegemaran Rasullah S.A.W

Betik


Buah Delima


CH harap, apa yang dikongsi boleh diguna pakai oleh kawan-kawan.
CH berkongsi dari pengalaman sendiri.
Doakan CH selamat melahirkan ya!

~xoxo~



Wednesday, 5 February 2014

Welcome My SweetHeart

Salam kawan-kawan.
Rasanya dah lama CH tak update blog CH ...Since CH terlalu sibuk dengan hal kerja...
Untuk tahun baru ini, CH dan suami sangat teruja bila kami mengetahui bahawa kami akan menerima insan 'ketiga' dalam keluarga kami... Alhamdullilah...  Penantian selama hampir setahun setengah akhirnya tuhan memakbulkan doa kami berdua...

Semuanya bermula dengan kes CH tak boleh telan langsung makanan yang CH masak untuk suami...
Kalau tak salah CH, CH masak blackpepper beef rasanya...  So bila nak hidangkan suami, terus CH muntah...  Macam rasa tak sedap, terus suami bawa ke klinik....

Akhirnya, rupanya dah masuk sebulan lebih (ketika itu)...

gambar di atas adalah pada hari ini,  sebab baru hari ini (5/2/14) CH nak pergi scan...  
Excited nak tengok baby....
Alhamdullilah, sudah pon berusia 8 minggu 3 hari...

Semoga dipermudahkan semuanya...
Amin.


Monday, 11 November 2013

Wedding Aisyah Mairat & Nurkhairunnisa Mokhtar

Salam kawan-kawan,
Minggu ni CH nak berkongsi kegembiran bila dapat menghadiri majlis dua kawan CH..
Memang agak aneh buat CH bila dapat menghadiri .. Yelah, sebab biasanya CH memang sibuk memandangkan musim cuti sekolah...  Apapon, CH sangat gembira sebab, waktu inilah tempat pertemuan kawan-kawan lama....

First Event
On 9th Nov bertempat di Palm Villa Ballroom
Majlis : Puan Aisyah Mairat & suami...

                                                         taken from Aisyah facebook

                                                          taken from Aisyah facebook

                                                          taken from Aisyah facebook



 CH memang suka pakai dari Minaz Boutique... so comfy!!


with zima/fara mum & farah!


&&&&&&&&&&&&&&&


2nd Event
On 10th Nov bertempat di Dewan TNB Kempas
Majlis Puan Norkhairunnisa Mokhtar & Suami...


 from left : Beyah / myself/Hikamah/Nadiah



Untuk 2nd event, CH pakai kasual sebab nak pergi dating ngn CIK HUB
Bib Necklace by Gemersik
Bag/Shawl by MyaBoutique
Shoes by Pedro
Jeans by Esprit


xoxo
corakhati.blogspot

Thursday, 31 October 2013

November 1st Review about Samsung Note 3

Salam November kawan-kawan,
Untuk entri di awal bulan ini, CH nak berkongsi sedikit review mengenai Samsung Galaxy Note 3 yang baru aje dimiliki hari ni...  Sememangnya agak ganjil dan rasa seperti memang betul-betul canggih untuk model Samsung kali ini..

di datangi dengan 2 warna berbeza... 
Jet Black & Classic White

Ciri-ciri utama Bagi Samsung Note 3
Super Amalod Display (5.7" Full HD 1920 x 1080)
2.3 Ghz Quad Core Processor
3GB RAM
32/64 User Memory
Android 4.3 Jelly Bean OS
3200 mAh Battery
Camera : Rear 13MP/ Front 2MP (Moment in Crystal Clarity)
Slimmer & Lighter (8.3 mm / 168 g)
Classic Notebook Inspiration
Textured Detail
Delicate Stitching

Paling best!!! Is....

sangat2 awesome!!


Yang penting, pada CH untuk kali ini, Samsung berjaya merealisasikan model ini setelah perancangan hanpir 2 tahun lamanya....  Harga sangat-sangat bersesuaian dengan kualiti dan fungsi yang dikeluarkan......

Keseronokkan boleh dilihat juga di....


salam sayang
corakhati.blogspot



Sunday, 20 October 2013

Moto GP 2013

Salam kawan-kawan, 
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi dengan u'olls mengenai kunjungan CH ke Moto Gp2013...
Sebenarnya CH ke sini bukan datang sesaja...  Tetapi kerna membawa group dari Indonesia ke sini..  Jadi kesempatan yang ada, CH gunakan untuk 'tangkap' gambar sebanyak yang mungkin untuk kawan-kawan CH yang mana mungkin tak berkesempatan ke sini..

Jujurnya CH bukan peminat motosikal berkuasa tinggi..  Tapi CH terpaksa sejak suami CH mula berjinak dalam sukan permotoran ini...  CH bila tengok suasana di Sepang ketika itu, CH telan air liuR.. 
Dari hujung rambut ke hujung kaki....  Kesemuanya, mak oi...  Harga tak boleh tahan.....  Tapi tak salah jika ianya satu minat... ceywah!!  Tapi yang penting, CH tetap tak berminat langsung...  hahahahaha..  Sekadar mendukung minat suami sahaja..
Apapon, CH rasa, gambar yang CH rakamkan ini menceritakan segalanya....




 abang driver ni is shuttle dari Rapid KL.. sporting kan?
Siap kasi jelingan gitu!














xoxo
corakhati.blogspot

Tuesday, 1 October 2013

Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran

Salam Oktober kawan-kawan,
Untuk entri pada awal Oktober ini, CH nak berkongsi sedikit info mengenai Pusat Rawatan Islam Terapi bil-Quran .  Untuk sedia maklum, kelmarin CH membawa rombongan dari Singapura dari Orange Travel Pte Ltd...  Jujurya, ini adalah kali pertama CH membawa program berunsurkan misteri.... 
 Huh! Memang suspen...
Sedikit mengenai pusat perubatan Islam..  CH rasa ramai yang mengetahuinya.. Cuma mungkin kita tidak mengetahui dengan lebih jelas mengenainya....  Kadang-kadang ada orang merasa kan ianya seperti lakonan..  Tetapi CH rasa, kita perlu muhasabah diri.. Kalau mungkin kita rasa kita ok, belum tentu ianya ok..  Kadang kita tidak menyedari adanya gangguan 'ghaib' yang telah lama bersarang di dalam diri kita...  Tak perlu bergantung kepada bomoh or tok dukun...  Sebaliknya, 
Kita harus kembali pada MAHA ESA.  Al-Quran adalah penawarnya...... 

Bagi yang tinggal di Johor Bahru, mungkin Pusat Rawatan Islam Terapi bil-Quran boleh dikungjungi dan dilawati...  Ianya terletak di Bandar Baru Uda, di tingkat 2 bersebelahan dengan AGROBANK...













Untuk maklumat lanjut, boleh langsung ke:


syukran jazilan
corakhati.blogspot

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...