Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

Travelog ke Batam PART II

Salam kawan-kawan, 
Sambungan dari entri sebelumnya.  
Jika belum baca, boleh lihat di sini Travelog ke Batam PART I.


So pada hari kedua CH dengan hubby di sini,  kami buat keputusan untuk memanjakan diri dengan khidmat spa & pijat-pijat...  Dalam bahasa kita bermaksud massage....  Heheheeh.  
So, memandangkan spa hanya berada 3 minit sahaja jalan kaki dari hotel, kami buat keputusan untuk ke sana sahaja.





ruang lobi ..Cantikkan?


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:-

ear candling -SGD 15 for 30 minutes

antara pakej-pakej ditawarkan...

bilik CH & hubby mendapatkan rawatan

So total CH & hubby spent untuk Balinese Massage + Ear Candling 
IDR 600 000 @ RM 200 untuk 2 orang.
Selama 3 jam perkhidmatan!!!  Murahkan???
Tau takpe!

Then setelah memanjakan diri, kami telah pon mempunyai temu janji untuk makan malam bersama teman yang tinggal di Batam.. 
Teman ini sememangnya sudah dianggap seperti family sendiri.. 
Cuma yang menjarakkan kami ialah, laut pemisah antara border Johor & Batam..

Masih ingat tak entri mengenai si comel ...Deandra Kamilia Nirlia Puteri ?
So, kami nak tengok si comel inilah!!!
Dah besar tau!! 5 bulan dah usianya!
Cepat betul masa berlalu.........


geram tak ?. Pipi dia so cute kan??

So kami menikmati juadah makan malam with Bu Nirsa families...
Memang banyak cerita selam pertemuan.  Maklumlah, dah berapa bulan tak ketemu...
Lega hati CH sebab dapat jumpa Deandra.. Memang rindu dia sangat!!

 enakkan?. Lihat saja, dah boleh menggiurkan.. 
Semua di recomend by Bu Nirsa & Pak Aulia..
Memang superb! 


Setelah selesai, kami pon pulang semula ke hotel..
Balik saja, kenalah pack! Sebab, nextday kena berada di departure h

TO BU NIRSA FAMILY,
Thanks bawa kami tour sebentar + makan di Harbour Bay..
Dimurahkan rezeki..Amin.

Sekejap saja masa berlalu,,, harap, ada kesempatan lagi ke sini..
Amin.


xoxo
CH



Travelog ke Batam PART I

Salam kawan-kawan.
Untuk entri ini, CH nak berkongsi cerita mengenai travelog ke Batam... 
 Memang ramai yang tahu Batam, tak kurang juga yang langsung tak mengetahui mengenai Batam.  Mana tau ada yang nak berkunjung ke sana, boleh jadikan tips CH sebagai panduan (bunyi so skema)...

Tahukah anda?
Bahawa sekarang ini, di Johor Bahru telah dibuka,satu lagi pintu untuk ke Indonesia & Singapore..?  Tetapi ramai yang tidak mengetahuinya.  Kalau u'olls ada pernah ke kawasan Hello Kitty Malaysia yang terletak di Nusajaya, ianya cuma 5 minit jalan kaki sahaja ke sana.  Tak jauh tau!  Tambahan, jauh lebih selesa berbanding terminal feri sedia ada, iaitu Terminal Feri Stulang Laut, Johor Bahru.

Nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai harga tiket?
Sila lihat di bawah ini.


Tiket dari Putri Harbour ke Batam (Harbour Bay) 
RM 100 2hala @ RM 60 sehala

RM 12 sea port tax dari Putri Harbour -Batam
IDR 80 000 sea port tax dari Batam - Putri Harbour.


*******************************
CH kali pertama menggunakan perkhidmatan ini memandangkan ianya baru dibuka.
Pada CH, ia sungguh selesa.



inilah dia feri yang CH & hubby naiki....

So perjalanan ambil masa kira-kira 1 jam 45 minit bergantung kepada keadaan laut.
Dah lama CH tak naik, dah mula mabuk laut saat feri hoyong hayang. Hahahahhahahahah.

Sampai sahaja di Batam, terus check in The Hills Batam.




actually gambar di atas ni adalah pada hari ke2 kami di sini.  
Saja kasi pic ni, nak u'olls nampak gambar hotel yang sebenar.  
Kalau ikutkan, kami sampai di hotel malam. sekitar jam 6.30pm (INDO time)  =P.
So untuk kadar taxi dari Harbour Bay Batam ke hotel kami hanya sekitar IDR 50 000 @ RM 17

tadaa!!!!.  Jadilah untuk 2 malam... Heehehehe.


TRIVIA
KENAPA HARUS PILIH The Hills Batam????
@Strategik, di tengah-tengah bandar.
@5 minit jalan kaki ke shopping mall
@3 minit jalan kaki ke Spa Center
@5 minit untuk ke bank
@5 minit untuk ke kedai 24 jam namanya 'K'


So, aktiviti hari pertama bila dah sampai?.
Haruslah survey + shopping!!!!!.  
So CH with hubby langsung ke Nagoya Hill Plaza yang hanya terletak 5 minit dari hotel.  
So selama 3 hari sebenarnya, ulang alik mall di depan hotel, kerana cost yang murah bila berbelanja di sana.  


So, masa hari pertama, kami memilih untuk makan makanan khas Indonesia khusus di Batam..
Di rumah makan Citra Pempek.
Nak tau kami order apa?
# sayur asam
# ayam penyet versi Batam
# tomyam 
# Lenggang (telur dadar +pempek)
# coca cola
# jus sirsak ( durian belanda)


 sewaktu benar-benar lapar....
wajah kekenyangan.
Selagi namanya travel kan, kita kena belajar dan rasa makanan di negara orang.
Memang sedap tau! . Terasa betul rempah masakan tersebut..
So, total makan untuk hari ini sekitar IDR 80 000 @ RM 26  kalau CH tak salah.

Setelah makan, barulah kita enjoy!!!




Selesai aktiviti di hari pertama....Huh! Kalau lama di sini, mau bankrup asyik shopping sahaja.
Huhuhuhu...

Nak tau entri selanjutnya di hari kedua?
Kena pergi di entri seterusnya........


xoxo
CH







Wednesday, 30 January 2013

Travelogue Universal Studio Singapore

Salam teman-teman CH,
Sesuai dengan tajuk di atas tu, CH nak share lah sedikit info- info berguna pada teman-teman CH if ada yang berhajat nak ke sana tapi dalam bajet yang minimalis!.

Bukan Airasia aje boleh guna tagline "everyone can fly", kita- kita ni pon boleh.  
Asalkan kita tahu meletakkan bajet ke sesebuah destinasi!, tak gitu?

Tahu kah u'olls BAHAWA dengan RM 5 anda dah boleh sampai ke
 Universal Studio!

Tak percaya?
Sebenarnya dari Johor Bahru, terdapatnya shuttle bus menuju ke USS. Dikirakan sebagai bas tambang atau bahasa rojak, bas tenteng!.  Hanya RM 5 sehala dari Terminal Kotaraya JB dan SGD 5 dari USS ke Terminal Kotaraya JB.  Tak mahal kan?. Tapi ada sedikit info mengenai shuttle bus ini.

Terminal Kotaraya JB
(terminal ini adalah terminal khas bagi bas & teksi singapura menurunkan & mengambil penumpang menuju ke SG sahaja)



Ingin kan jadual pergerakan bas ini ke USS?

trivia
  • bas ini adalah bas henti-henti.  Jadi jika u'olls di Kastam Singapura agak lama, mereka tidak akan menunggu .  Tetapi anda jangan risau, bas seterusnya akan tiba dan mengambil anda. 
  • Simpan tiket bas bagi mengelakkan dikenakan bayaran sekali lagi.
  • Sebelum ke Kastam Singapura, pastikan KAD PUTIH untuk ke Singapura harus diisi selengkapnya.
  • Sediakan wang kecil atau wang yang cukup bagi membayar tambang kerana mereka tidak akan mengembalikan baki wang anda.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kastam Singapura menuju ke Universal Studio.





 trivia
  • bagi mengelakkan dari beratur panjang, baik u'olls membeli tiket terlebih dahulu , tak kiralah sama ada melalui online atau dari agent-agent yang berkenaan.  CH memang dah awal-awal punya tiket sebab CH kan agent pelancongan jugak? heheehehe.


Welcome To Universal Studio

__________________________________________
USS ni kan terbahagi kepada 7 bahagian taman permainan
Hollywood
Madagascar
 Far Far Away
The Lost World
Ancient Egypt
Sci-Fi City
New York


 trivia

harus u'olls ambil USS map sebelum melangkah lebih jauh di dalamnya.
Kenapa?  Sebab CH sendiri dah buat silap.  Konon tak nak ambil, padan muka, tak tentu hala & tak tau nak pergi yang mana satu dulu...

ussi53



berhadapan dengan Far Far Away




dari segi makanan, u'olls jangan risau kerana di sini mempunyai HALAL restaurant, dan jangan terkejut, walaupon negara mereka ditadbir oleh bukan Islam, mereka tetap menyediakan perkhidmatan SURAU/MUSOLAH di USS  ini.

Mengenai makanan, nasihat CH, if u'olls nak makan, boleh ambil set kombo seperti yang ada kat dalam tu.  Why?. Agak jimat jugak.  Set Kombo di sana serendah SGD 12 (RM 28.80) .  Memang mahal jika dibandingkan dengan kadar tukaran wang negara kita.  Tapi itulah hakikatnya, kerana wang mereka lebih tinggi dari kadar matawang negara kita.   Antara lain, yang boleh dikongsi, if u'olls nak makanan ringan macam pop corn- di sini harganya serendah SGD 6 (RM 14.60) termasuk 1 mineral water. 
 Kalau nak bawa makanan boleh kot (tak pasti) sebab so far, diaorg tak periksa pon beg masing-masing.


So di bawah ni sebahagian foto untuk tontonan u'olls







 

 sekitar kawasan Ancient Egypt





 sekitar kawasan Sci-Fi City








sekitar kawasan New York

trivia
CH menunggu 2 jam hanya untuk transfomer ride! haish

___________________________________________________________________
xoxo



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...