Wednesday 26 March 2014

Travelog Bandung

Salam kawan-kawan,
Lama rasanya tak update... Almaklumlah, terlalu sibuk dengan kerja dan mood hamil yang membuatkan CH malas... Heheheeh...
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi cerita mengenai pemergian CH ke Bandung baru-baru ini....
Tapi kali ini CH tidak mempunyai tujuan sebenar, kerana asalnya adalah untuk menemani makcik dan sepupu yang tak pernah berkunjung ke Bandung... Untuk kunjungan kali ini, adalah kunjungan kedua ke Bandung yang tidak kena mengena dengan kerja CH.

dengan selambanya, CH dan Suraya cousin CH makan rendang yang dimasak di departure hall.. 
Haahaahaha.. Giler kan?.. Sambil dilihat oleh orang kiri kanan.. Mungkin baunya yang sangat kuat!!



subhanaAllah.......

Setelah 2jam perjalanan, sampailah jua..

Ini adalah penginapan CH... Sangat recommend sebab betul-betul di Cihampelas Street... So tak perlu nak naik cab untuk ke sini... Siapkan tenaga sahaja..




So pad malamnya, kami telah pon membuat keputusan untuk jalan-jalan sekitar hotel...  Dalam hati CH,   rindukan Gurame Kipas Indonesia...  Alhamdullilah, ada jugak.. nasib belakang hotel je...


tengok tu, Makngah CH serius betul time makan..


pemandangan di lobi

Actually pesawat kami masa hari pertama delayed untuk 2 jam lamanya... So memang akan tertekan sebab masa tinggal sehari sahaja (besoknya) untuk lengkapkan aktiviti siar-siar kami....  CH memang hanya tumpu 2 tempat di Bandung iaitu Pasar Baru & Cihampelas Walk..  Kali ini memang takde plan nak ke Tangkuban Perahu, Rumah Mode dan bermacam-macam lagi kerana batasan waktu....




suasana Pasar Baru


TIPS UNTUK ANDA

*sila bawak beg kosong untuk berbelanja ke Pasar Baru...  Macam luggage bag, jadi senang, tak perlu menjinjing barangan pembelian anda.... Percayalah, memang takkan cukup masa walau 5 jam anda di dalamnya.
*Jika ingin makan di sini, terletak di tingkat tujuh, TAPI kena terus pergi kedai makan yang anda nak buat pesanan.  Jika tidak, anda akan dikerumuni umpama ARTIS yang akan memaksa anda memilih makanan dari mereka...  Seriusly!
*Kalau ada orang minta sedekah selama anda ke mana-mana, JANGAN BERI.. kerana nanti akan ada yang mengekori anda dan meminta lagi!
*Pastikan anda buat tawaran sehabis mungkin dan JANGAN gunakan kalkulator untuk mengira di hadapan mereka,  DAN JANGAN comparekan currency di hadapan mereka.
*Jangan ambil taxi di hadapan Pasar Baru ke hotel anda KERANA harga potong kepala (mahal)
Sebaiknya biar yang anda dah chartered khas untuk mengambil anda

ok, ini hasilnya... selama 6 jam di dalamnya.

Kawasan Luar Hotel
Jika bergerak ke bahagian atas, menghala ke Cihampelas Walk!  Senangkan?




So pada malamnya, kami menukar selera untuk mencuba sesuatu yang baru...
Seperti yang dikatakan oleh tman CH, harus try IGA BAKAR,.. So CH pon try google.. 
 Memang best hotel ni, sebab, jalan sikit dan jumpa warung IGA BAKAR....



Rasa dia ala-ala Sizzling..  Sup dia(kiri) seriusly sedap!





 Apapon, CH sangat teruja kali ini kerana CH pergi bukan sekadar ditemani saudara, juga baby CH di dalam perut ni.. Hehehehehehe...

TIPS UNTUK ANDA
*Asingkan IDR 75 000 seorang untuk airport tax di Bandung...  Ini adalah by law...
*Kalau nak wrapping, boleh dibuat di airport dengan kadar serenda IDR 10000 setiap bag..
*Kalau flight jam 1000 (waktu indonesia), sejam sebelum mesti ada airport pon takpe, sebab CH rasa, diaorg memang sangat relax ... Haish, kalau kat Malaysia, 3 jam dah awal-awal kat airport..  CH stress dengan ke'slow'an itu!!


xoxo
Corakhati.blogspot

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...