Saturday 23 March 2013

Tapai Pulut Exclusive

Salam kawan-kawan,
Aneh agaknya untuk entri kali ini kan?
Tapai? Nape tak de benda lain kan?
Sebenarnya CH memang sengaja nak share ngan u'olls mengenai Tapai Homemade yang eksklusif yang boleh korang jadikan idea untuk majlis korang.  
Tak kira majlis kahwin, majlis sanding, atau majlis apa-apa sahaja yang membabitkan makanan.

So mungkin, dengan entri CH ini dapat membantu kalian.  Mana tau u'olls nak mencari supplier kan?
Cuba lah untuk berhubung dengan supplier ini.


Sarimah Rashid Tapai Homemade




Packaging nya memang profesional kan?
Rasa?
Memang sedap tau secantik dan sekemas bungkusannya.


Untuk menghubungi / menempah:

Tapai Pulut Sarimah 
Perusahaan Makanan & Pengawetan Makanan
Lot 2635 Kampung Air Hitam Pantai Tanjung Bidara
78300 Masjid Tanah Melaka
Tel : 06-3853041/06-3853042
Hp : 016-3153613



Semoga ianya membantu anda
xoxo


Wedding Abang Fahmy & Ika PART II

Salam kawan-kawan,
Seperti yang CH janjikan masa PART II kelmarin, CH akan upload lebih banyak gambar untuk majlis kedua untuk sebelah lelaki bertempat di Bandar Uda Utama ,Johor Bahru, so dikira majlis bertandanglah kan?.. Maklumlah, CH memang tak berapa tahu sangat.  Even majlis CH kelmarin, memang simple & takde majlis yang kedua or ketiga, kerana kesuntukan masa & kesibukan masing-masing dan CH kiranya ambil pengalaman melihat sendiri suasana menyambut menantu di sebelah keluarga mak CH sendiri...

Untuk majlis ini, warna tema adalah Emerald Green, so CH ngn Cik Hub tak mengikut tema sebenarnya, sebab kitaorg tak tau warna asal... hehehehe.. Tapi mak CH ikut tema lah, kerana salah seorang orang kuat... 

Dipermulaan majlis yang bermula sekitar jam 12pm-5pm dibuka dengan persembahan Ghazal oleh Ghazal Pelangi Johor.. Memang rasa dibuai-buai sewaktu makan.. hehehe



dais deco



 flower gurl - eisya, uyen & zara


 side perempuan






 my cousin & makngah

my paksu & maksu

 my gojes mum! 
den nak kawen!

 me & Cik Hub


 sorry, hubby salah side amik gambo!


Apapon, semuanya dah berjalan lancar...
Moga Abang Fahmy & Ika bahagia ke Jannah..
Amin


xoxo
CH

Sunday 17 March 2013

Wedding Abang Fahmy & Ika PART I

Salam kawan-kawan,
CH baru je sampai rumah & so excited nak menulis dalam blog.  
CH baru je sampai dari majlis wedding yang dikira sebagai 2 pupu kepada CH (sebelah emak).

Actually gambar yang CH post adalah majlis sebelah perempuan yang berlangsung pada 16 & 17th March 2013 di Shah Alam.. So CH dan keluarga CH cuma sempat attend majlis nikah sahaja.  
Manakala majlis sanding, CH dah terpaksa berangkat atas hal kecemasan yang tak sempat dielakkan.

So untuk majlis sebelah lelaki, akan dilangsungkan pada 23 & 24th March 2013 di Johor Bahru.  
So nanti CH akan kongsikan lebih banyak gambar & moment-moment yang cantik next entri k.




 ~big families~

**CH suka sangat warna baju mempelai.. biru yang sweet sangat**

So untuk pakaian majlis nikah , CH tetap setia dengan koleksi dari Minaz Boutique.


 xoxo
**************

Thursday 7 March 2013

Rantai & Bib Mania by Gemersik

Salam kawan-kawan..
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi kisah rantai @ bib.. Yang jadi fenomena sekarang....  
Kalau diperhatikan sekarang, ramai wanita, tak kira artis or orang biasa, sudah bijak bergaya dan menggabungkan bermacam-macam kombinasi sesuai untuk dipadankan dengan baju...
Sebagai satu trend.. Dan, mencantikkan lagi gaya kita.  
Tapi kadang-kadang, kita melihat rang lain memakainya tanpa kita tahu, mana sumber nak membelinya.
Betul kan?
Tak percaya?
Nak tengok banyak lagi koleksi?






 
                                        sumber : Gemersik

So sekarang senang, untuk tatarias gaya u'olls tak perlu risau lagi even bertudung.. 


cantikkan?
So kalau nak tengok koleksi lain, macam biasa, luaskan jari anda untuk ----
Klik sini Gemersik

Tuesday 5 March 2013

Balik kampung! Yeay!!

Salam kawan-kawan,
Untuk entri ini, CH saje nak sharekan moment yang sangat-sangat seronok.
Al maklumlah, CH dan keluarga memang jarang dapat balik ke kampung..
CH ada dua kampung.  Sri Medan Batu Pahat side ayah... dan Kg Juasseh Negeri Sembilan side mak.
Bila berpeluang dapat balik kampung, memang seronok tak terkata...  Perancangan yang tak dijangka lah kata orang... 
Tapi untuk entri kali ini, CH akan kongsikan pengalaman balik ke Kg Juasseh,Negeri Sembilan..

Rasanya dah lama tak lalu Jambatan Tampin ni... Tu pon rasanya 6-7 tahun dulu, time zaman-zaman sekolah..  Tapi bila ada lesen memandu ni,  memang ikut EXIT SENAWANG, sebab takut nak ikut EXIT ALOR GAJAH /TAMPIN, sebab jalan berbelok-belok dan mengerikan jugaklah if drive sorang..





Memang suasana yang sangat mendamaikan.
Tidak tertekan macam kehidupan kat bandar....Oh, seronoknya.. Masa CH amik gambar ni, memang tak expect yang pic cantik macam ni..**nada good good**

Kitaorg sebenarnya sampai tidaklah petang sangat, tapi cuaca nampak betul macam nak malam kan?
Kuasa Allah... Allahuakbar..

Then di pendekkan cerita, kitaorg pon bermalam lah, satu malam di kampung emak.
Memang bertambah lagi la keseronokkan sebab memang tak plan pon sebenanrya.
Tapi bak pepatah Melayu " sediakan payung seperti hujan"
Maka, kitaorg pon prepare lah baju satu beg... Maklumlah, bila pulang ke kampung ni, memang rugi kalau kita terikat dengan pemanduan atas kenderaan tanpa bermalam di suasana yang menyeronokkan! Cewah!

So, keesookan harinya, dengan memang tak dijangka, hubby,ayah & adik plan nak memancing di sawah kering dekat dengan rumah wan (panggilan nenek bagi orang Negeri Sembilan).  
Bak kata wan, ' mancing kek bondang(sawah)' 

 ni lah bondang ea....

 3 jejaka gagah membawa batang pancing 'handmade' hahahaha


 hubby dah macam orang foreigner baru pegang pancing.. siap ngn topi kebun.



 gambar ni kena potong sikit sebab.... 18SG .. 

bila adik main lumpur..sangat tak sesuai

Apapon, memang menyeronokkan.. kerja CH? hehehe.. sekadar amik kan gambar aje..
Sambil menjadi penjaga beg duit, hp mereka....tanpa bergaji...

Yang paling penting sebenarnya, kunjungan kali ini, dapat melawat moyang CH yang tak berapa sihat.
Alhamdullilah, usia moyang CH sekitar 95 tahun.... Masih sihat cuma sakit sikit-sikit kerna faktor usia...
Alhamdullilah, 4 generasi dapat berkumpul...



inilah dia 4 generasi- 
Anyang (tengah), wan (kiri), emak, CH dan ayah CH tak tau naper mata tertutup

xoxo
corakhati



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...