Showing posts with label barang kahwin. Show all posts
Showing posts with label barang kahwin. Show all posts

Tuesday, 1 March 2016

Hadiah or doorgift perkahwinan by AdeliaeauDe2

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama Ami x update blog ni.
Makan bertahun jugak sebab sibuk uruskan anak dan perniagaan.
Alhamdulillah.  Rezeki.


Ami nak berkongsi mengenai perniagaan terbaru Ami selain transport.
Bagi yang mencari doorgift kahwin, atau apa-apa sahaja majlis, Ami ada menjual dan membekalkan pocket spray.

Ramai yang tidak mengetahui sekarang sudah jadi seakan trend di mana memberi doorgift berbentuk minyak wangi.  Senang sahaja untuk di jadikan hadiah istimewa buat tetamu.
Nak Ami hasilkan dalam kotak ekslusif juga boleh!






Berminat? Ada bermacam2 lagi!
Untuk harga yang dilihat adalah yang jualan satu satuan
Pm jika berminat! Serendah RM 5sahaja tertakluk kepada terma.
Whats App +60163693088 atau +60177861306Amy)

Terima Kasih.





Monday, 3 June 2013

Wedding Roziyati & Fahmi

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi rasa keterujaan dalam membantu teman sekolah CH waktu majlis resepsi beliau.  Yang CH upload utk tatapan kawan-kawan adalah majlis resepsisementara majlis nikah belum sempat nak masukkan .. 

Teman CH ni adalah ex-classmate CH masa CH secondary school dan sewaktu sekolah agama dekat Kempas dulu.  Kalau diingatkan kembali, memang lucu, moment-moment di zaman sekolah, diungkapkan dan dibawak berbual-bual sewaktu CH berjumpa dengan Rozi sebelum majlis rasmi beliau.  CH bukan arif dalam bidang membuat pelamin mahupun mengambil gambar.  CH cuma membantu di atas ikatan persahabatan yang lama terjalin antara kami.  Walaupon CH tak berapa rapat with her since masing-masing sibuk dengan kerjaya, CH rajin jugak lepak dengan dia if CH ada ke Johor Premium Outlet sewaktu CH bawa group. So CH rajin lepak di 'Food Garden' Johor Premium Outlet.  Satu lagi mengenai Rozi, she's one of friend yang bertanggungjawab sewaktu CH buat kerja amal anak-anak yatim di Johor Premium Outlet.  Tanpa dia, mungkin tak bertambah jumlah pihak penaja.  

Actually, di entri yang lepas,CH ada kongsikan draf pelamin untuk majlis Rozi.. Tapi kerana CH teringkat dengan tugas, plan asal berubah sedikit.  Tapi CH rasa lega, sebab adalagi 2 teman yang membantu.. Kalau tak, parah jugakla.. Mana nak lipat kertas.. Nak buat itu, nak buat ini...  So masa CH sampai je dari airport, CH terus bergerak ke rumah Rozi, dan tambah apa yang patut..  Alhamdulilah....

TRIVIA
Actually pihak pengantin nak yang terlalu simple...
Tapi , takkan simple sahaja kan without anything deco or what ever... 
So she was so lucky got a lot of people around her helping her during her wedding.  
All was a last minute.
From Henna, Dais Deco, Bride Room Deco...
BUT
From simple , make beautiful moments captured!
Alhamdullilah....

tenaga kerja actually ada 4 tau,
 2 dalam gambar, CH & acha, 
1 lagi sedang amik gambar ni- Miss Jannah, and 1 more, tak salah nama dia Ude.. Rozi Friend.


ni namanya bidang terjun!!! oh!


 nak dpt kan harga bunga hidup murah?. secara pukal?. PM CH tau.. hehehhe




kalau gambar tak berapa cantik, maaf ye...   Tempoh trial la katakan
Baru berjinak-jinak dengan 'CANON' heheheh.

 ada zapin lagi tau.. 3 kali persembahan. cute semuanya

 pengapit- Ms Jannah.. Rozi tgh cak cak


 berdua lebih baik!



 side Fahmi

 her side






Alhamdullilah....
Semuanya berjalan lancar...
Really enjoy with the surrounding..
Even simple .. But had a faboulous moment..

To both of you
Semoga kekal bahagia till jannah.
Dapat baby cepat2.
hehehehehe


xoxo.
corakhati






Thursday, 23 May 2013

D.I.Y Mini Pelamin

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi dengan kawan-kawan CH mengenai DIY PELAMIN.
Actually CH dah jadi bidan terjun la ni.  
Since kawan baik CH akan masuk ke kelab 'PUAN' tak lama lagi. 
Zaman sekarang ni, banyak cara untuk kita 'cut' cost untuk buat majlis.  Dah tak macam dulu...  
Tergantung kepada keadaan ekonomi masing-masing.
Pada CH, apa yang kita buat secara do it yourself, ianya akan memberikan kita kepuasan yang lain tau rasanya.




                                                                                                          sumber : google

So, inilah dia hasilnya!! Draf yang CH keluar hasil dari rujukan gambar-gambar di atas.
Pelamin yang real,kena tunggu next entri ya kawan-kawan.
Doakan semuanya berjalan lancar coz merupakan kali ke3 CH bidan terjun ni..
Hehehehe



Amin.
XOXO

Monday, 6 May 2013

Majlis Resepsi Junaidah Razak

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi dengan kawan-kawan sewaktu CH dan suami menghadiri majlis resepsi kawan baik CHJunaidah Razak...  Ini kali pertama dalam tahun ini CH menghadiri majlis kawan-kawan CH.. Bukan menyombong tetapi kekangan kerja yang membuatkan CH memang jarang-jarang dapat datang.  Maklumlah, bila kerja macam CH ni, time orang bercuti, time tu lah kita bekerja...

So, sedikit la yang CH nak berkongsi mengenai Junaidah Razak.  She's one of dalam CH nyer geng masa zaman sekolah dulu.. So kitaorang same class (PPN) masa di Teknik Juasseh Negeri Sembilan.  
Selain dia, CH names kan ye, ada Fiza,Timah,Zila,Erni.. So kitaorg memang kamcing la masa zaman-zaman tinggal asrama dulu,  Baik time nak pergi dewan makan, atau time nak ke sekolah.  Almaklumlah, jalan kaki je memandangkan asrama belakang sekolah. Heheheheeh.





Masa memang pantas berlalu, sedar tak sedar, semua kawan-kawan dalam geng dah pun berumah tangga... Alhamdullilah.....

So, memandangkan majlis June pada 4th May, maka CH ngan hubby pon berangkat 1 hari awal.  Kebetulan CH ada kerja di KLIA, so CH cuma tunggu hubby di Seremban sahaja.  Then hubby drive dari Johor Bahru ke Seremban.  Memandangkan hari ngundi dekat, makan highway memangla jem!.

So, bila CH ngan hubby awal sampai di Kuala Pilah, Hubby decide suruh lepak dan menginap di Rest Houe Pilah.  Nanti CH kongsikan pada entri seterusnya ya.

So keesokkan paginya,CH ngan hubby langsung bergerak menuju ke rumah pengantin yang terletak di daerah Jelebu.  CH memang tak pernah sampai.  So apalagi, pengantin la jadi mangsa.  CH kept calling dia.. Memang kesian dia kena kacau ngan CH.








best kan tengok suasananya kan?


So bila CH dan hubby melangkah masuk ke kawasan rumah June, memang seronok.. 
Semangat permuafakatan yang sangat tinggi.. Memang seronok sangat!  Maklumlah, kita kadang terbiasa dengan "ready made" atau upah katering...  Tapi bila CH tengok suasana di rumah June.. 
Memang CH tersenyum seronok.. 





Masa CH menerjah masuk ke bilik pengantin, memang terkejut June.. 
Kaki kanan CH rasanya, sebab dapat tengok dia awal pagi time sibuk menata rias wajah dia..
 Heheheehehe.





So theme June was pink + blue.



  CH lari tema- hehehee





So, CH memang happy sangat-sangat bila dapat menghadiri majlis kawan baik CH.
CH doakan mereka bahagia till Jannah.
Amin


~xoxo~

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...