Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

Travelog Bandung

Salam kawan-kawan,
Lama rasanya tak update... Almaklumlah, terlalu sibuk dengan kerja dan mood hamil yang membuatkan CH malas... Heheheeh...
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi cerita mengenai pemergian CH ke Bandung baru-baru ini....
Tapi kali ini CH tidak mempunyai tujuan sebenar, kerana asalnya adalah untuk menemani makcik dan sepupu yang tak pernah berkunjung ke Bandung... Untuk kunjungan kali ini, adalah kunjungan kedua ke Bandung yang tidak kena mengena dengan kerja CH.

dengan selambanya, CH dan Suraya cousin CH makan rendang yang dimasak di departure hall.. 
Haahaahaha.. Giler kan?.. Sambil dilihat oleh orang kiri kanan.. Mungkin baunya yang sangat kuat!!



subhanaAllah.......

Setelah 2jam perjalanan, sampailah jua..

Ini adalah penginapan CH... Sangat recommend sebab betul-betul di Cihampelas Street... So tak perlu nak naik cab untuk ke sini... Siapkan tenaga sahaja..




So pad malamnya, kami telah pon membuat keputusan untuk jalan-jalan sekitar hotel...  Dalam hati CH,   rindukan Gurame Kipas Indonesia...  Alhamdullilah, ada jugak.. nasib belakang hotel je...


tengok tu, Makngah CH serius betul time makan..


pemandangan di lobi

Actually pesawat kami masa hari pertama delayed untuk 2 jam lamanya... So memang akan tertekan sebab masa tinggal sehari sahaja (besoknya) untuk lengkapkan aktiviti siar-siar kami....  CH memang hanya tumpu 2 tempat di Bandung iaitu Pasar Baru & Cihampelas Walk..  Kali ini memang takde plan nak ke Tangkuban Perahu, Rumah Mode dan bermacam-macam lagi kerana batasan waktu....




suasana Pasar Baru


TIPS UNTUK ANDA

*sila bawak beg kosong untuk berbelanja ke Pasar Baru...  Macam luggage bag, jadi senang, tak perlu menjinjing barangan pembelian anda.... Percayalah, memang takkan cukup masa walau 5 jam anda di dalamnya.
*Jika ingin makan di sini, terletak di tingkat tujuh, TAPI kena terus pergi kedai makan yang anda nak buat pesanan.  Jika tidak, anda akan dikerumuni umpama ARTIS yang akan memaksa anda memilih makanan dari mereka...  Seriusly!
*Kalau ada orang minta sedekah selama anda ke mana-mana, JANGAN BERI.. kerana nanti akan ada yang mengekori anda dan meminta lagi!
*Pastikan anda buat tawaran sehabis mungkin dan JANGAN gunakan kalkulator untuk mengira di hadapan mereka,  DAN JANGAN comparekan currency di hadapan mereka.
*Jangan ambil taxi di hadapan Pasar Baru ke hotel anda KERANA harga potong kepala (mahal)
Sebaiknya biar yang anda dah chartered khas untuk mengambil anda

ok, ini hasilnya... selama 6 jam di dalamnya.

Kawasan Luar Hotel
Jika bergerak ke bahagian atas, menghala ke Cihampelas Walk!  Senangkan?




So pada malamnya, kami menukar selera untuk mencuba sesuatu yang baru...
Seperti yang dikatakan oleh tman CH, harus try IGA BAKAR,.. So CH pon try google.. 
 Memang best hotel ni, sebab, jalan sikit dan jumpa warung IGA BAKAR....



Rasa dia ala-ala Sizzling..  Sup dia(kiri) seriusly sedap!





 Apapon, CH sangat teruja kali ini kerana CH pergi bukan sekadar ditemani saudara, juga baby CH di dalam perut ni.. Hehehehehehe...

TIPS UNTUK ANDA
*Asingkan IDR 75 000 seorang untuk airport tax di Bandung...  Ini adalah by law...
*Kalau nak wrapping, boleh dibuat di airport dengan kadar serenda IDR 10000 setiap bag..
*Kalau flight jam 1000 (waktu indonesia), sejam sebelum mesti ada airport pon takpe, sebab CH rasa, diaorg memang sangat relax ... Haish, kalau kat Malaysia, 3 jam dah awal-awal kat airport..  CH stress dengan ke'slow'an itu!!


xoxo
Corakhati.blogspot

Wednesday, 5 February 2014

Welcome My SweetHeart

Salam kawan-kawan.
Rasanya dah lama CH tak update blog CH ...Since CH terlalu sibuk dengan hal kerja...
Untuk tahun baru ini, CH dan suami sangat teruja bila kami mengetahui bahawa kami akan menerima insan 'ketiga' dalam keluarga kami... Alhamdullilah...  Penantian selama hampir setahun setengah akhirnya tuhan memakbulkan doa kami berdua...

Semuanya bermula dengan kes CH tak boleh telan langsung makanan yang CH masak untuk suami...
Kalau tak salah CH, CH masak blackpepper beef rasanya...  So bila nak hidangkan suami, terus CH muntah...  Macam rasa tak sedap, terus suami bawa ke klinik....

Akhirnya, rupanya dah masuk sebulan lebih (ketika itu)...

gambar di atas adalah pada hari ini,  sebab baru hari ini (5/2/14) CH nak pergi scan...  
Excited nak tengok baby....
Alhamdullilah, sudah pon berusia 8 minggu 3 hari...

Semoga dipermudahkan semuanya...
Amin.


Wednesday, 17 July 2013

Inginkan faedah Kesihatan + Khairat Kematian dengan hanya RM100 SEUMUR HIDUP ?

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak bertanya kepada anda, apa yang ditinggalkan untuk ahli keluarga saat kita menutup mata buat selama-lamanya...


Banyak faedah yang diperoleh daripada apa yang CH kongsikan kepada korang....
Ianya tidak seperti insurans yang memerlukan komitmen yang tinggi dimana kita perlu membayar setiap bulan dalam sejumlah bilangan wang..  Tapi jika ingin menambah, benda yang CH kongsikan ini boleh diguna pakai.

________________________________________________________________________________
Menangisi pemergian yang dikasihi adalah perkara BIASA.....
Tetapi, menangis kerana tiada wang untuk menguruskan jenazah yang dikasihi  adalah 
LUARBIASA & SANGAT MEMILUKAN

Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai Dapatkan PERCUMA!!
Pengurusan Jenazah Berlandaskan Prinsip Syariah Mengikut Sunnah Islam Yang Sistematik Dan Bersepadu.

Dengan RM100 sekali seumur hidup anda akan mendapat pelbagai Faedah hebat **

Antaranya:
-Keanggotaan Dan Saham
-Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai

Pengurusan Jenazah Lengkap TANPA TUNAI*

Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai & Perlindungan Takaful Kemalangan hanya
akan berkuatkuasa selepas 3 bulan penyertaan 
Allah berfirman :-
"Tiap-tiap yang hidup akan merasakan mati" (Surah Al Imran)
    Ahli Berumur : 30 hari - 60 tahun.
  • Pengurusan Jenazah Lengkap
  • Wang Tunai RM2,500-00
  • Khatam Al Quran & Tahlil
  • Batu Nisan
  • Khairat Al Abrar & Badal Haji

    Pengurusan Jenazah Lengkap
  • Khidmat nasihat kepada waris
  • SMS berita kematian (100 sms)
  • Membantu mengurus proses dokumentasi kematian
  • Pengangkutan dari Hospital, Rumah, Surau & Tanah perkuburan
  • Memandikan jenazah
  • Mengkafankan jenazah
  • Solat jenazah
  • Pengkebumian & Talkin
  • Menjaga kehormatan jenazah yang diuruskan
 
    Ahli Berumur 61 Tahun Ke atas
  • Kos Pengurusan Jenazah Lengkap RM1,500-00
  • Wang Tunai RM200-00
  • Khatam Al Quran & Tahlil
  • Batu Nisan
  • Khairat Al Abrar


    "Barangsiapa yang mengerjakan haji bagi kedua ibubapanya selepas wafat mereka, maka disuratkan oleh Allah baginya kelepasan dari neraka dan orang yang dihajikan baginya pahala satu haji yang sempurna dan tiada kurang pahala dari keduanya sedikitpun" (Riwayat Imam Al-Baihaqi Dan Ibni Asakir)


-Khairat Al-abrar
Sedekah dari ahli secara automatik dari E- Cash setiap ahli serendah RM1-00 kepada waris ahli yang meninggal dunia akibat sebarang punca. 

Otomatik* Sedekah dari ahli secara automatik dari E- Cash setiap ahli serendah RM1-00 kepada waris ahli yang meninggal dunia akibat sebarang punca. Jumlah maksima pendahuluan khairat setiap kematian ialah RM5,000-00. 

Sebarang kematian kurang dari 3 bulan sebagai Anggota / Ahli, hanya akan menerima saguhati maksima RM300-00. 
Manual Khairat Kematian secara Manual melalui Sistem SMS :- RM3 / RM5 / RM10 (Tempoh 30 hari)


-Barangan Keperluan Percuma
-Sijil Kemahiran
-Kad Kesihatan


-Kad Kesihatan
Kad Perubatan Hospital Swasta (Medical Card) PERCUMA..
Room & Board (Per day)RM200-00
Limit Per YearRM50,000-00
E Cash / AhliRM465 setahun / 30 ahli


-Perlindungan Takaful Kemalangan

Perlindungan Takaful Kemalangan*

Pengurusan Jenazah Tanpa Tunai & Perlindungan Takaful Kemalangan hanya
akan berkuatkuasa selepas 3 bulan penyertaan
 
    Perlindungan Takaful Kemalangan Umur : 3 tahun hingga 23 tahun
  • Kematian Kemalangan RM15,000 - Kenderaan Awam.Kenderaan Awam TambahanRM15,000. Dalam Kawasan Sekolah Tambahan RM15,000. Penculikan, Tambahan RM15,000
  • Hilang Upaya Kekal Kemalangan RM50,000
  • Bil Perubatan kemalangan RM2,000
  • Elaun Hospital Kemalangan RM50 (Swasta) / RM25 (GH) sehari
  • Ambulans RM50 (Swasta) / RM25 (GH) sehari
  • Khairat Kematian RM2,000
  • Elaun Pendidikan RM20,000
  • Rawatan Tradisional RM200
  • Rawatan Pergigian Kemalangan RM500
  • Hilang & Rosak Buku Teks RM200
  • Elaun Sekolah / Tuisyen RM300
- Khusus Untuk Pelajar -
 
    Perlindungan Takaful Sebarang kemalangan Umur : 18 tahun ke 65 tahun
  • Kematian Kemalangan RM50,000
  • Hilang Upaya Kemalangan RM50,000
  • Bil Perubatan kemalangan RM500
  • Kos Ambulan RM200
 
    Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam :-
    "Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan para ahli waris engaku dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan menadah tangan (meminta-minta) kepada manusia" (sahih muslim)





Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut...

Klik sini:- 


Monday, 15 July 2013

Homestay Persinggahan Murni Kemaman

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi pengalaman yang family CH lalui selama tempoh menghantar adik CH ke Kemaman, Terengganu.  Al-maklumlah, CH cuma ada 2 beradik saja..   
So yang si bongsu ni telah pon mendaftar belajar di Terengganu dalam jurusan 'Safety Officer Course'.

CH rasa, ini adalah destinasi yang paling jauh dalam negeri buat family CH menghantar adik..  Sebelum ni CH pon takla sejauh ini,   Paling-paling pon di Negeri Sembilan.  Untung di kampung halaman sendiri.  Tapi bila adik dapat belajar di Terengganu, satu benda yang asing sebenarnya bila sebelum ni kerjaya pemandu pelancong membawa mereka berjalan-jalan ke Terengganu.  Then bila urusan peribadi, macam aneh je rasanya..  

Untuk tujuan penghantaran, CH dan suami tak berkesempatan menghantar adik, kebetulan CH ada urusan kerja yang CH perlu lakukan di Johor Bahru.  So trip menghantar adik kali ini, disertai oleh kedua ibubapa CH + kawan mak CH..., Aunty Ellynor...  Mereka memerlukan homestay untuk tempat mereka menginap di Kemaman, so tahukah korang bahawa di sekitar kawasan Chukai, Kemaman,,,  Lokasi yang memang banyaknya homestay.  So mak CH tidak membuat booking yang awal.  So mak CH buat keputusan untuk me'reccce' sewaktu pendaftaran adik...  Hasilnya, mak dapat stay di homestay ini dengan jarak ke Kolej Ranaco adik itu, hanya beberapa minit sahaja.  
Dan lokasinya berhampiran dengan Pekan Chukai,....Keropok, keropok!!!!






sorry sebab gambar dalam rumah tak diambil.  Maklumlah, CH tak ikut..  Kalau CH ikut, mesti banyak gmbar..  Tapi takpelah, sekadar perkongsian info untuk kawan-kawan....

Jika berminat
Hubungi:-
En. Mohammad Nor Salim
+6013 9037976 / +60189138954

Alamat Rumah : -
Lot 50220 & Lot 50219
Kg. Dato' Ibrahim Fikri
24000 Kemaman
Terengganu.


xoxo
corakhati.blogspot

Tuesday, 9 July 2013

Samsung S4

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi mengenai hadiah yang CH terima dari hubby sempena anniversary kami yang pertama.... Agak kelakar, sebab, hubby banyak kali mendoakan handphone Blackberry CH yang masuk usia ke 4 tahun supaya rosak....  Memang sayang.  Tapi rupanya memang niat hubby nak suruh CH tukar...  So memang kebetulan Blackberry CH buat hal... sob sob....

So inilah dia hadiah anniversary CH..

Apa yang menariknya mengenai Samsung S4 ni-
  • Mengenai paparan video..  If kita melihat sesuatu video itu, if mata ktia terpandang ke arah lain, automatik nya paparan video itu akan terhenti atau pon 'pause'.
  • Dari segi kamera.. Memang gambar superb!.  Tak sia-sia CH terkedek-kedek belajar mengenai aplikasi ni..  Memang agak melecehkan tapi seronok!  CH pertama kali pakai benda yang sentuh ni.. So macam kanak-kanak masuk kelas pon ada.
  • Dari segi saiz, mungkin agak besar sedikit...  Tapi pada CH takla sebesar Samsung Note II.
So, utk view yang lainnya, apa kata klik sini..Samsung.

xoxo
~corakhati~



Wednesday, 3 July 2013

Travelog ke Batam PART II

Salam kawan-kawan, 
Sambungan dari entri sebelumnya.  
Jika belum baca, boleh lihat di sini Travelog ke Batam PART I.


So pada hari kedua CH dengan hubby di sini,  kami buat keputusan untuk memanjakan diri dengan khidmat spa & pijat-pijat...  Dalam bahasa kita bermaksud massage....  Heheheeh.  
So, memandangkan spa hanya berada 3 minit sahaja jalan kaki dari hotel, kami buat keputusan untuk ke sana sahaja.





ruang lobi ..Cantikkan?


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:-

ear candling -SGD 15 for 30 minutes

antara pakej-pakej ditawarkan...

bilik CH & hubby mendapatkan rawatan

So total CH & hubby spent untuk Balinese Massage + Ear Candling 
IDR 600 000 @ RM 200 untuk 2 orang.
Selama 3 jam perkhidmatan!!!  Murahkan???
Tau takpe!

Then setelah memanjakan diri, kami telah pon mempunyai temu janji untuk makan malam bersama teman yang tinggal di Batam.. 
Teman ini sememangnya sudah dianggap seperti family sendiri.. 
Cuma yang menjarakkan kami ialah, laut pemisah antara border Johor & Batam..

Masih ingat tak entri mengenai si comel ...Deandra Kamilia Nirlia Puteri ?
So, kami nak tengok si comel inilah!!!
Dah besar tau!! 5 bulan dah usianya!
Cepat betul masa berlalu.........


geram tak ?. Pipi dia so cute kan??

So kami menikmati juadah makan malam with Bu Nirsa families...
Memang banyak cerita selam pertemuan.  Maklumlah, dah berapa bulan tak ketemu...
Lega hati CH sebab dapat jumpa Deandra.. Memang rindu dia sangat!!

 enakkan?. Lihat saja, dah boleh menggiurkan.. 
Semua di recomend by Bu Nirsa & Pak Aulia..
Memang superb! 


Setelah selesai, kami pon pulang semula ke hotel..
Balik saja, kenalah pack! Sebab, nextday kena berada di departure h

TO BU NIRSA FAMILY,
Thanks bawa kami tour sebentar + makan di Harbour Bay..
Dimurahkan rezeki..Amin.

Sekejap saja masa berlalu,,, harap, ada kesempatan lagi ke sini..
Amin.


xoxo
CH



Monday, 3 June 2013

Wedding Roziyati & Fahmi

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi rasa keterujaan dalam membantu teman sekolah CH waktu majlis resepsi beliau.  Yang CH upload utk tatapan kawan-kawan adalah majlis resepsisementara majlis nikah belum sempat nak masukkan .. 

Teman CH ni adalah ex-classmate CH masa CH secondary school dan sewaktu sekolah agama dekat Kempas dulu.  Kalau diingatkan kembali, memang lucu, moment-moment di zaman sekolah, diungkapkan dan dibawak berbual-bual sewaktu CH berjumpa dengan Rozi sebelum majlis rasmi beliau.  CH bukan arif dalam bidang membuat pelamin mahupun mengambil gambar.  CH cuma membantu di atas ikatan persahabatan yang lama terjalin antara kami.  Walaupon CH tak berapa rapat with her since masing-masing sibuk dengan kerjaya, CH rajin jugak lepak dengan dia if CH ada ke Johor Premium Outlet sewaktu CH bawa group. So CH rajin lepak di 'Food Garden' Johor Premium Outlet.  Satu lagi mengenai Rozi, she's one of friend yang bertanggungjawab sewaktu CH buat kerja amal anak-anak yatim di Johor Premium Outlet.  Tanpa dia, mungkin tak bertambah jumlah pihak penaja.  

Actually, di entri yang lepas,CH ada kongsikan draf pelamin untuk majlis Rozi.. Tapi kerana CH teringkat dengan tugas, plan asal berubah sedikit.  Tapi CH rasa lega, sebab adalagi 2 teman yang membantu.. Kalau tak, parah jugakla.. Mana nak lipat kertas.. Nak buat itu, nak buat ini...  So masa CH sampai je dari airport, CH terus bergerak ke rumah Rozi, dan tambah apa yang patut..  Alhamdulilah....

TRIVIA
Actually pihak pengantin nak yang terlalu simple...
Tapi , takkan simple sahaja kan without anything deco or what ever... 
So she was so lucky got a lot of people around her helping her during her wedding.  
All was a last minute.
From Henna, Dais Deco, Bride Room Deco...
BUT
From simple , make beautiful moments captured!
Alhamdullilah....

tenaga kerja actually ada 4 tau,
 2 dalam gambar, CH & acha, 
1 lagi sedang amik gambar ni- Miss Jannah, and 1 more, tak salah nama dia Ude.. Rozi Friend.


ni namanya bidang terjun!!! oh!


 nak dpt kan harga bunga hidup murah?. secara pukal?. PM CH tau.. hehehhe




kalau gambar tak berapa cantik, maaf ye...   Tempoh trial la katakan
Baru berjinak-jinak dengan 'CANON' heheheh.

 ada zapin lagi tau.. 3 kali persembahan. cute semuanya

 pengapit- Ms Jannah.. Rozi tgh cak cak


 berdua lebih baik!



 side Fahmi

 her side






Alhamdullilah....
Semuanya berjalan lancar...
Really enjoy with the surrounding..
Even simple .. But had a faboulous moment..

To both of you
Semoga kekal bahagia till jannah.
Dapat baby cepat2.
hehehehehe


xoxo.
corakhati






Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...