Thursday 29 March 2012

Malaysia Shoes Festival 2012 (PART 2) KASUT ATAU BRG HIASAN?

Salam kawan-kawan...  Untuk entri kali ini, CH nak share gambar kasut yang pelik-pelik semasa CH di Festival Kasut yang berlangsung kelmarin.  Tengok betul-betul tau, jangan konpius..  Hehehehehe.















sama-sama kita jayakan Festival Kasut Malaysia kali keTIGA 

Tarikh   :  30th March - 1st April 2012
Masa :   10.30 pagi - 6 petang
Tempat :   Dewan Tun Abd Razak 

Malaysia Shoes Festival 2012 (PART 1)

Salam.
First CH rasa dah lama CH tk update blog CH dek kerana CH busy ngan kerja PLUS dengan persiapan CH.
Baru-baru ni, CH dijemput sebagai tetamu bagi upacara perasmian KASUT 
Memang happening ketika perasmian itu, cuma untuk lokasi pameran kasut tu agak jauh sebenarnya.  Harus naik 1 eskalator ke tingkat 1 then kena jalan kaki menghala ke Dewan Tun Abd Razak.  So pembetulan lah yer, pameran bukan seperti yang ditulis di Dewan Tun Husein Onn.  Tetapi di Dewan Tun Abd Razak.  Ada kasut pelik-pelik yang di pamerkan tau, selain dari penjualan kasut yang pelbagai di sini!!!!...  GILA SEKEJAP TENGOK KASUT !!!! 














Tuesday 20 March 2012

Warung Saga Johor Bahru

Warung Saga 
No.5, Jalan Mahamoodiah - Opposite Rima College, Johor Bahru  Johor, 80100
 

Antara febret place untuk korang singgah.  Memang sedap.  Restoran ni klasik tau.  Sebab, bila makan je, sur boleh menikmati sejarah kerajaan Johor Lama.  Nak tau sebab?????
Tengok sendiri k picture dia.. Memang class! Masakan?. Confirm monfirm sedap!!


 Lagi........................
 





 

Pra Perkahwinan

Kursus perkahwinan yang CH hadiri minggu kelmarin adalah berkonsep 'last minute' .  Nak tau tak kenapa?.. Sebab bila CH dengar kena pergi cepat-cepat sebab nak kena hantar borang izin nikah laing lambat 3 bulan sebelum tarikh nikah.  So, CH kelam kabut la.. Dengan berbekalkan bantuan Google, MAKA CH pon menghadirinya dengan MR H ke Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar.  Kadar bayaran sekarang dah tak sama macam dulu..  RM120 seorang.  Tapi kata teman-teman CH, masih adalagi yang kadarnya RM80.


cantik kan?.. Masjid yang berusia hampir beratus tahun lamanya.



 
keadaan dalam dewan, agak sempit actually, tapi disebabkan FASI semuanya gila-gila.  Maka, terlupalah sekejap kesengsaraan untuk 2 hari itu.  Mendapatkan ilmu lah katakan! heheheeheheh.


 Antara yang dibekalkan.. Sangat-sangat berguna!!

Finally, yang ditunggu-tunggu  sebenarnya IALAH!!!! Jujur tau!- Kan senang kalau bayar then trus dapat sijil je..


**corakhati**

Tuesday 13 March 2012

Rompakan Berparang 12/03/2012 0930 hrs

CH baru je pulang dari kampung CH di Negeri Sembilan.  Tanggal 12th March pasti tanggal yang tak boleh dilupakan oleh moyang CH yang berusia 90 tahun bersama nenek CH yang usianya 60 tahun lebih....  
TAK BERPERI KEMANUSIAAN untuk perompak yang merompak rumah moyang n nenek CH. Jam 9.30am adalah detik yang mencemaskan buat mereka.

MENGIKUT CERITA NENEK CH
Dengan pandangan mata yang kabur, moyang CH mcm perasan ada kelibat kereta merah masuk ke dalam bahagian garaj rumah.  Dengan keadaan yang blur blur, beliau berkata " sapo tu, sapo tu"...  Terus perompak ini menekup mulut moyang CH dan memegang tangan moyang CH hingga membuatkan tangan moyang CH membengkak dengan teruk sekali.  Waktu itu, nenek CH mendengar jeritan moyang, terus nenek masuk ke dalam.  Tiba2, nenek pulak yang ditekup mulut sambil diacukan PARANG PANJANG oleh perompak yang dikatakan nenek ada 3 orang...  
Apa yang terlintas di kepala nenek, SUBHANALLAH YA ALLAH, ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBA MU INI....  Perompak2 tu pon mengeledah rumah seperti kapal karam....Telefon rumah di hempas ke lantai.. 

Tuhan MAHA KAYA, memang kalau ianya tidak diizinkan Allah, maka memang TAK AKAN JADI..
Barang2 yang dicuri perompak, tercicir sewaktu mereka tergesa2 meninggalkan rumah...
CH kongsikan dengan kawan2, picture nya ya..!!



 ini picture moyang CH



p/s : hati2 dengan kawasan persekitaran.  Jangan beri peluang kepada mereka!

Saturday 10 March 2012

Photographer Search - Minggu mencari Photographer

Salam kawan2, minggu ni memang minggu mencari photographer untuk majlis persandingan CH.  Memang pening kepala, sebab semua cantik2.  Kalau mungkin kawan2 yang otw atau nak mencari juru foto yang hasilan kerjanya memang cantik, mungkin ini boleh dijadikan idea kawan2.  Selamat mencuci mata.

Memang CH suka pic dia.  Dalam top 5 list CH.  Actually one of photog dia kawan CH dulu, bukan mengenangkan kawan tau, tapi memang terbukti picture dia lawa2 n sesangat cantik! 
CONGRATE CLICKELIP!







Picture dia pon cantik! Minouri Shirota.. suka pic dia tapi sayang, on date day, tak pat nak ambik dia as photog, sempat block untuk Pre-Wed ngan tunang aje...  Anyway, thanks Faiz Lee!







Picture yang awesome!




Terlalu banyak yang nak dikongsi, tapi cukup kalau CH share yang paling top n top dalam hati CH.heheheheheh

Salam Sayang
~corak hati~





Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...