Showing posts with label ceremony. Show all posts
Showing posts with label ceremony. Show all posts

Monday, 6 May 2013

Majlis Resepsi Junaidah Razak

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi dengan kawan-kawan sewaktu CH dan suami menghadiri majlis resepsi kawan baik CHJunaidah Razak...  Ini kali pertama dalam tahun ini CH menghadiri majlis kawan-kawan CH.. Bukan menyombong tetapi kekangan kerja yang membuatkan CH memang jarang-jarang dapat datang.  Maklumlah, bila kerja macam CH ni, time orang bercuti, time tu lah kita bekerja...

So, sedikit la yang CH nak berkongsi mengenai Junaidah Razak.  She's one of dalam CH nyer geng masa zaman sekolah dulu.. So kitaorang same class (PPN) masa di Teknik Juasseh Negeri Sembilan.  
Selain dia, CH names kan ye, ada Fiza,Timah,Zila,Erni.. So kitaorg memang kamcing la masa zaman-zaman tinggal asrama dulu,  Baik time nak pergi dewan makan, atau time nak ke sekolah.  Almaklumlah, jalan kaki je memandangkan asrama belakang sekolah. Heheheheeh.





Masa memang pantas berlalu, sedar tak sedar, semua kawan-kawan dalam geng dah pun berumah tangga... Alhamdullilah.....

So, memandangkan majlis June pada 4th May, maka CH ngan hubby pon berangkat 1 hari awal.  Kebetulan CH ada kerja di KLIA, so CH cuma tunggu hubby di Seremban sahaja.  Then hubby drive dari Johor Bahru ke Seremban.  Memandangkan hari ngundi dekat, makan highway memangla jem!.

So, bila CH ngan hubby awal sampai di Kuala Pilah, Hubby decide suruh lepak dan menginap di Rest Houe Pilah.  Nanti CH kongsikan pada entri seterusnya ya.

So keesokkan paginya,CH ngan hubby langsung bergerak menuju ke rumah pengantin yang terletak di daerah Jelebu.  CH memang tak pernah sampai.  So apalagi, pengantin la jadi mangsa.  CH kept calling dia.. Memang kesian dia kena kacau ngan CH.








best kan tengok suasananya kan?


So bila CH dan hubby melangkah masuk ke kawasan rumah June, memang seronok.. 
Semangat permuafakatan yang sangat tinggi.. Memang seronok sangat!  Maklumlah, kita kadang terbiasa dengan "ready made" atau upah katering...  Tapi bila CH tengok suasana di rumah June.. 
Memang CH tersenyum seronok.. 





Masa CH menerjah masuk ke bilik pengantin, memang terkejut June.. 
Kaki kanan CH rasanya, sebab dapat tengok dia awal pagi time sibuk menata rias wajah dia..
 Heheheehehe.





So theme June was pink + blue.



  CH lari tema- hehehee





So, CH memang happy sangat-sangat bila dapat menghadiri majlis kawan baik CH.
CH doakan mereka bahagia till Jannah.
Amin


~xoxo~

Saturday, 23 March 2013

Wedding Abang Fahmy & Ika PART II

Salam kawan-kawan,
Seperti yang CH janjikan masa PART II kelmarin, CH akan upload lebih banyak gambar untuk majlis kedua untuk sebelah lelaki bertempat di Bandar Uda Utama ,Johor Bahru, so dikira majlis bertandanglah kan?.. Maklumlah, CH memang tak berapa tahu sangat.  Even majlis CH kelmarin, memang simple & takde majlis yang kedua or ketiga, kerana kesuntukan masa & kesibukan masing-masing dan CH kiranya ambil pengalaman melihat sendiri suasana menyambut menantu di sebelah keluarga mak CH sendiri...

Untuk majlis ini, warna tema adalah Emerald Green, so CH ngn Cik Hub tak mengikut tema sebenarnya, sebab kitaorg tak tau warna asal... hehehehe.. Tapi mak CH ikut tema lah, kerana salah seorang orang kuat... 

Dipermulaan majlis yang bermula sekitar jam 12pm-5pm dibuka dengan persembahan Ghazal oleh Ghazal Pelangi Johor.. Memang rasa dibuai-buai sewaktu makan.. hehehe



dais deco



 flower gurl - eisya, uyen & zara


 side perempuan






 my cousin & makngah

my paksu & maksu

 my gojes mum! 
den nak kawen!

 me & Cik Hub


 sorry, hubby salah side amik gambo!


Apapon, semuanya dah berjalan lancar...
Moga Abang Fahmy & Ika bahagia ke Jannah..
Amin


xoxo
CH

Wednesday, 30 January 2013

Baitul Ahmad Charity Work

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul untuk teman-teman CH.

Untuk entri kali ini, seperti yang CH janjikan, CH akan update mengenai kerja amal yang baru sahaja diadakan pada 24th Januari 2013 kelmarin.

Seperti biasa, CH akan ceritakan ye,mengenai Pusat Jagaan Baitul Ahmad (Rumah Anak-Anak Yatim)
Terdahulu, mengenai PJBA ini diberitahu oleh mak CH, sewaktu dia membaca surat khabar Harian Metro yang CH sendiri tidak ingat tarikh artikel mengenai PJBA ini.  Dipendekkan cerita, bermula dari situ, mak memberikan dana peribadi berterusan kepada PJBA sehingga PJBA berkehendak untuk ' turun' Johor Bahru untuk melihat sendiri individu yang telah mmemberikan dana kepada PJBA.  Untuk makluman teman-teman, dana peribadi mak CH tidak banyak mana pon, tetapi kerana mereka ingin melihat sendiri mak CH, maka telah diberitahu kami bahawa pada tarikh 24th Januari 2013, mereka akan adakan lawatan ke Johor Bahru tanpa mengharapkan apa-apa persediaan.  Kiranya, dalam fikiran PJBA ketika itu, hanya turun Johor Bahru, tidur dalam bas, dan kemudian kembali semula ke PJBA yang terletak di Kedah.

Jadi bermula tempoh kurang 2 minggu dari tarikh kunjungan PJBA ke Johor, mak CH, dan ahli keluarga lain telah pon sibuk memikirkan aktiviti selain memaparkan dalam facebook masing-masing mengenai kerja amal yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.  Bohonglah kalau CH katakan, bahawa banyak pihak yang memandang rendah usaha CH sekeluarga untuk menganjurkan majlis untuk PJBA  ini, tapi kami percaya bahawa niat baik pasti akan di balas baik.  Bermula dari situ, CH mula mengumpulkan dana dari kawan-kawan facebook CH, selain mengambil barangan untuk disumbangkan kepada PJBA dari rumah masing-masing.  

Seminggu sebelum tarikh kunjungan PJBA,satu-satu panggilan diterima bagi memberikan sumbangan.  Alhamdullilah.  Percaya atau tidak, dana terkumpul ialah RM 1125 sehingga tarikh PJBA berkunjung dan paling menggembirakan CH sekeluarga, pihak STARBUCK menaja bagi minuman petang dan aktiviti permainan pada tarikh itu.  Pihak UTM Skudai pula memberi tajaan tempat penginapan berbentuk dorm di institusi tersebut.

Percayalah, bahawa perkara yang baik akan dibalas baik.  Untuk teman-teman CH, foto yang di uploadkan di dalam blog ini menceritakan segala-galanya.  

mereka datang menggunakan bas tambang atau kita kenali sebagai bas tenteng




membawa mereka melihat Masjid Sultan Abu Bakar 


Kota Iskandar
*mak CH yang berkurung kuning cream. 






#STARBUCK




















sesi makan! yeay!!!





banyak kan? Alhamdulillah.









Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.  Moga Allah merahmati dan memberikan limpahan rezeki kepada mereka-mereka yang telah memberikan sumbangan tak kira dari segi kewangan mahupun barangan.

Terima Kasih tidak terhingga kepada:
#UTM SKUDAI bagi tajaan tempat penginapan
#SPGRENGGAMPERUSAHAANZAINAB bagi tajaan sarapan pagi
#AUNTY ELLEANOR bagi tajaan khidmat pemandu pelancong
#semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung bagi acara ini.



Amin. Ya Rabbal A'lamin.

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...