Wednesday 30 January 2013

Baitul Ahmad Charity Work

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul untuk teman-teman CH.

Untuk entri kali ini, seperti yang CH janjikan, CH akan update mengenai kerja amal yang baru sahaja diadakan pada 24th Januari 2013 kelmarin.

Seperti biasa, CH akan ceritakan ye,mengenai Pusat Jagaan Baitul Ahmad (Rumah Anak-Anak Yatim)
Terdahulu, mengenai PJBA ini diberitahu oleh mak CH, sewaktu dia membaca surat khabar Harian Metro yang CH sendiri tidak ingat tarikh artikel mengenai PJBA ini.  Dipendekkan cerita, bermula dari situ, mak memberikan dana peribadi berterusan kepada PJBA sehingga PJBA berkehendak untuk ' turun' Johor Bahru untuk melihat sendiri individu yang telah mmemberikan dana kepada PJBA.  Untuk makluman teman-teman, dana peribadi mak CH tidak banyak mana pon, tetapi kerana mereka ingin melihat sendiri mak CH, maka telah diberitahu kami bahawa pada tarikh 24th Januari 2013, mereka akan adakan lawatan ke Johor Bahru tanpa mengharapkan apa-apa persediaan.  Kiranya, dalam fikiran PJBA ketika itu, hanya turun Johor Bahru, tidur dalam bas, dan kemudian kembali semula ke PJBA yang terletak di Kedah.

Jadi bermula tempoh kurang 2 minggu dari tarikh kunjungan PJBA ke Johor, mak CH, dan ahli keluarga lain telah pon sibuk memikirkan aktiviti selain memaparkan dalam facebook masing-masing mengenai kerja amal yang bakal diadakan pada tarikh tersebut.  Bohonglah kalau CH katakan, bahawa banyak pihak yang memandang rendah usaha CH sekeluarga untuk menganjurkan majlis untuk PJBA  ini, tapi kami percaya bahawa niat baik pasti akan di balas baik.  Bermula dari situ, CH mula mengumpulkan dana dari kawan-kawan facebook CH, selain mengambil barangan untuk disumbangkan kepada PJBA dari rumah masing-masing.  

Seminggu sebelum tarikh kunjungan PJBA,satu-satu panggilan diterima bagi memberikan sumbangan.  Alhamdullilah.  Percaya atau tidak, dana terkumpul ialah RM 1125 sehingga tarikh PJBA berkunjung dan paling menggembirakan CH sekeluarga, pihak STARBUCK menaja bagi minuman petang dan aktiviti permainan pada tarikh itu.  Pihak UTM Skudai pula memberi tajaan tempat penginapan berbentuk dorm di institusi tersebut.

Percayalah, bahawa perkara yang baik akan dibalas baik.  Untuk teman-teman CH, foto yang di uploadkan di dalam blog ini menceritakan segala-galanya.  

mereka datang menggunakan bas tambang atau kita kenali sebagai bas tenteng




membawa mereka melihat Masjid Sultan Abu Bakar 


Kota Iskandar
*mak CH yang berkurung kuning cream. 






#STARBUCK




















sesi makan! yeay!!!





banyak kan? Alhamdulillah.









Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.  Moga Allah merahmati dan memberikan limpahan rezeki kepada mereka-mereka yang telah memberikan sumbangan tak kira dari segi kewangan mahupun barangan.

Terima Kasih tidak terhingga kepada:
#UTM SKUDAI bagi tajaan tempat penginapan
#SPGRENGGAMPERUSAHAANZAINAB bagi tajaan sarapan pagi
#AUNTY ELLEANOR bagi tajaan khidmat pemandu pelancong
#semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung bagi acara ini.



Amin. Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...