Saturday 8 December 2012

Cerita December

Salam kawan-kawan,

Rasanya dah lama CH tk kongsi apa yang CH buat, apa-apa sahaja cerita .  Lama betul... Uhuk!.  Sebenarnya memang terlalu busy dengan urusan kerja yang mengikut kira-kiraan CH, penghujung tahun ni baru lah handphone tk berdering2 je tk kira waktu....

Alhamdulilah, di entri kali ini, CH mengucapkan kesyukuran kerna rumah tangga kami telah genap 5 bulan pada 2 hari lepas.  Moga dirahmati dan dipermudahkan segalanya oleh Allah S.W.T


**nak okong!!!!!**

Selain dari kegembiraan menyambut ulang tahun kali yang ke-5 bulan, CH juga tengah dalam dilema. 
Tak tahu sama ada nak teruskan bekerja dengan syarikat pelancongan di Singapura itu, atau tumpu pada syarikat sendiri + bisnes perniagaan tudung/jubah CH
 Mana yang tak tau tu mengenai butik online CH, jangan lupa klik Mya Boutique.



Berbalik mengenai dilema CH tadi, dua-dua best.  Memang CH dari dulu minat MEET * GREET people.  hahahahahaha.. Kelas tak??? KAU ADA? hahaaha
TAPI
bila difikirkan balik, since dah berumah tangga, semangat kerja itu terpaksa dikurangkan tambahan permintaan Cik Hub untuk tidak terlalu banyak fokus kepada kerja since telah ada komitmen lain.
Adeh!
Sambil itu, ingin CH kongsikan dengan kawan-kawan,  CH ada menjalankan perkhidmatan transport + penempahan bilik hotel dan menyediakan pakej pelancongan bagi yang memerlukan khidmat syarikat CH.  tidaklah sebesar mana,  tapi CH berjaya menarik nafas lega bila company CH telah dikenali di beberapa negara, walaupon ianya syarikat yang kecil.  MYA TRANSPORT & SERVICES.  
Jujurnya, CH dah aktif meniaga transport ni sejak dari umur 20 tahun.  Tapi biasalah, belajar dari pengalaman, CH menggunakan syarikat orang lain terlebih dahulu.  Bila rezeki datang, CH memulakan perniagaan sendiri.  Alhamdullilah.

Perniagaan jenis apa?
CH tak mampu nak membuka syarikat SDN BHD .  Cukuplah dengan adanya SERVICES.  Kumpul wang, kumpul pengalaman.  Kata orang, nak berjaya bukan mudah.  

Perkhidmatan yang disediakan?

Jadi , kalau mungkin kawan-kawan memerlukan antara salah satu dari perkhidmatan itu, boleh email ke myaservices77@gmail.com.

Apapon, CH tetap dalam dilema...

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...