Tuesday 27 August 2013

Hamper dari Jejari Handmade Hamper & Gifts

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi mengenai satu lagi bisnes yang CH usahakan...
Di bawah label & jenama....




Jika ada antara kawan-kawan, yang mempunyai bajet yang minimal untuk membuat apa-apa sahaja sebagai hadiah, CH boleh membantu... 
Jika gifts, serendah RM 2.50( tidak termasuk kos penghantaran) tergantung kepada kuantiti dan barang yang ingin diletakkan di dalam pemberian anda..
Jika hamper pula, jika anda mempunya bajet serendah RM 40-RM100 tidak termasuk KOS PENGHANTARAN
CH boleh membantu anda untuk menghasilkannya....






Untuk maklumat lanjut,
Whats App/SMS/Wechat +60163693088 
(9am-6pm)


xoxo
corakhati.blogspot.com

Majlis Pintu Terbuka

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi dengan kawan-kawan.. kemeriahan Majlis Pintu Terbuka...
Memang catat sejarah sebab buat pertama kali dalam diari kehidupan CH, CH berjaya menghadiri hampir 
5 buah rumah hanya untuk majlis pintu terbuka...  Mungkin kerna kerja yang tak sesibuk dahulu...  Apapon, CH sekadar nak berkongsi gambar kegembiraan bila dapat jumpa dengan kawan-kawan lama...

tak taula kenapa mata CH jadi gitu..

Masa mula-mula, CH terus menuju ke rumah teman sekerja CH dan mak CH... Majlis persandingan anak yang perempuan beliau..   Memandangkan majlis sanding katanya seawal jam 12 lebih, maka CH dengan mak terus zoom ke sana.  Suami tidak berkesempatan ..So jadi la single sekejap... heheheheeh..

Seterusnya dengan berbekalkan Jubah yang dipinjam dari emak.. Dan dengan hanya memakai selipar... Dengan selamba badak, CH terus meluru ke Hotel Granada bagi acara rasmi Tourism Malaysia...  Memandangkan jubah CH labuh, so taklah nampak sangat selipar CH tu..
 Untung bukan selipar jamban..... sob sob...

kan?


seterusnya.... Misi Majlis Pintu Terbuka.. Takla jauh sangat depan rumah je.. hhehehehe..
Comelkan Eisya.. CH mengharapkan semoga dikurniakan zuriat secomel eisya...


seterusnya.. ke rumah kawan sekolah lama..
Younee...  comelkan anak dia?.. Memang geram tgk aiyazz.. Hencem... Hehehehe..
Apapon, utk semua yang menjemput, semoga dimurahkan rezeki kalian...


xoxo
corakhati.blogspot

Saturday 17 August 2013

Jelly Shoes by MELISSA

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi satu lagi jenama kasut khusus untuk kawan-kawan yang inginkan kelainan...
Masyarakat kita mungkin hanya mengetahui Jelly shoes or rubber shoes by CROCS.  
Tapi mungkin orang kurang mengetahui atau langsung mengenali mengenai jenama MELISSA
Jujurnya, CH memang lebih selesa setelah CH membeli jenama ini...  SUPERB! Itu adalah ungkapan yang paling sesuai untuk jenama ini..  Cuma mungkin kerana branch yang tidak banyak di beberapa negeri, maka agak sukar untuk membelinya langsung dari kedai...  So bagi yang tinggal di Kuala Lumpur mungkin agak mudah.  Tapi kalau yang tinggal dari luar seperti CH, korang kalau ke Kuala Lumpur boleh la merayap kejap ke sini...



nak address?

GROUND FLOOR
1 UTAMA SHOPPING CENTRE
PETALING JAYA
@
 KLIK  MELISSA

Kelmarin, CH membeli Melissa Trippy di sini...



Sebenarnya, ada banyak lagi rekaan atau design dari Melissa..  Tinggal pilih saja, sama ada mahu yang kasual, atau mau yang ada batu atau bermacam-macam....




                                                                                                taken from Melissa photo's

Sangat cantik & selesa..
Mungkin dari segi harga, ada yang mengatakan ianya mahal..  Tapi setanding dengan kualiti nya.
Kualiti itu penting!


xoxo
crakhati.blogspot

Friday 16 August 2013

Bedak Sejuk Halal Toyyiba

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak berkongsi mengenai bedak sejuk...  
Jangan tak tau, yang CH pon menggunakannya since CH tengok mak CH menggunakannya... 
Sejuk aje...

So kalau ditanya mengenai pilihan, cuba klik JERSLIN OIL, so di laman itu, boleh lihat lebih banyak lagi pilihan lain..  Memandangkan CH cuma kongsi mengenai bedak sejuk je berdasarkan pengalaman...




 wajah sebelum tempek bedak sejuk....





ANTARA KHASIAT DAN KEGUNAANNYA :


MENYEJUKKAN KULIT
MEMUTIHKAN KULIT
MENEGANGKAN KULIT
MELEMBAPKAN KULIT
MENGGEBUKAN KULIT
MENGECILKAN PORI - PORI 
MENGERINGKAN LUKA - LUKA
MENYEGARKAN DAN MENAIKKAN SERI MUKA
MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT  DAN JERAGAT
MENGHILANGKAN RUAM PADA KULIT BAYI
MENGERINGKAN KULIT MUKA YANG BERMINYAK
MEMBUANG DAKI SERTA SEL KULIT YANG MATI
MENGURANGKAN BAHANG PANAS AKIBAT KULIT TERBAKAR
MENYEJUKKAN KULIT KETIKA TERKENA CHICKEN POX ( BERTIH )
TIDAK MENINGGALKAN KESAN PARUT
MERAWAT PENYAKIT KULIT TERMASUK KUDIS ( KAYAP )


Dari segi harga?  Jangan risau kerna harga sangat-sangat berpatutan...



Selamat Mencuba!

xoxo
corakhati.blogspot

Thursday 15 August 2013

Tiket Universal Studio murah?.

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini CH nak berkongsi dengan kawan-kawan mengenai tiket Universal Studio...
Tak perlu beratur panjang di kaunter tiket...  Senangkan?



Untuk pengetahuan kawan-kawan, CH juga adalah supplier tiket di Legoland dan Hello Kitty... Kalau nak tiket Legoland atau Hello Kitty murah.. 




UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (tickets only)
RM 170 (ADULT)
RM 130 (CHILD)
~U can save till RM 20 per each ADULT tixs~

____________________________________________

Untuk Pakej Tiket USS + Transport
Minimum 10 orang (MPV/VAN)
RM220A / RM180C


Minimum 30 orang 
RM 195A / RM165C
(Get special Singapore Souvenier Gift Exclusive from MYA TRANSPORT SERVICES)
Valid pick up from Johor Bahru


Untuk Pakej 1 night & Tiket USS + Transport
Minimum 10 orang (MPV/VAN)
RM275A / RM235C 
*1 night stay (twin sharing basis) at Johor Bahru Hotel (2star or similar)
*1 x breakfast
*Entrance Tickets with MEAL VOUCHER SGD10 & Shopping Voucher SGD5 (adult tixs only)
*Transport from Hotel / USS/Hotel
*Gift from MYA TRANSPORT SERVICES
(NOT VALID ON PUBLIC HOLIDAY)
~SUBJECT TO CHANGE~
_____________________________________________________________

PLEASE CALL/WHAT'S APP/SMS
TEL : +60163693088 (24hrs)
(KINDLY PLEASE MAKE BOOKING MINIMUM 2 DAY BEFORE DEPARTURE)
AVAILABLE FOR FREE DELIVERY TO HOTEL ( MINIMUM 5 TICKETS & ABOVE )
**hotel only in Johor Bahru town** 

ATAU/OR 

PLEASE ADD-ON RM8 FOR POSTAGE IF ANY CUSTOMER NEED ANY DELIVERY SERVICE.
JIKA INGIN MENGGUNAKAN KHIDMAT POS LAJU, SILA TAMBAH RM 8 UNTUK BAYARAN PENGEPOSAN.


Di bawah ini, contoh jika customer inginkan khidmat currier..
Jangan risau.. 
Syarikat CH adalah syarikat yang berdaftar....





Di bawah ini adalah antara big group yang CH handle untuk pakej USS kelmarin..





xoxo
corakhati.blogspot

Wednesday 14 August 2013

P.E.D.R.O Malaysia

Salam..
Untuk entri kali ini, CH nak kongsi jenama kasut yang CH baru je tersuka dan terbeli..
Dulu, CH sekadar melihat dari kaca luar butik terbabit.. Tapi, bila CH mencuba sekali dan melihat dari segi kualiti nya, CH rasa, jenama ini tidak mengecewakan..  Mungkin ada yang beranggapan CH agak ketinggalan dari segi barang berjenama...  Tapi maaf untuk CH katakan.. Zaman CH nak pakai jenama mahal-mahal mengikut trend telah pon berlalu.  Mungkin cukup sekadar reward untuk diri sendiri sahaja..  Hehehehehe...

Jenama ini mempunyai hampir 60 cawangan di dalam dunia termasuk negara kita, Malaysia..
Kalau di Johor Bahru, semestinya ke Johor Premium Outlet..  Tapi terserah masing-masing untuk membelinya di mana..  






cantikkan?..  Nampak ekslusif seperti namanya....
So, untuk koleksi CH, na.........



comel kan? seperti tuannya (ceywah)
Untuk melihat katalog dan maklumat lanjut...
Klik PEDRO


xoxo
corakhati.blogspot

Tuesday 13 August 2013

Turban Hijab by Raffiey Nasir

Salam kawan-kawan..
Bagi peminat tudung, shawl,turban.. Satu yang CH boleh gambarkan mengenai rekaan beliau.. 
"Gorgeous"
Cuba korang try designer ni,,,Raffiey Nasir
Nak tau kenapa?
Dari gambar ini dah menceritakan segalanya...  Dan CH tak terlepas membelinya sehelai...  
Mungkin dari segi harga agak mahal..  Tapi tak salah untuk hadiah diri sendiri setelah penat bekerja...


                                               ~taken from Raffiey Nasir photo's~




cantikkan? Apalagi... 


xoxo
corakhati.blogspot

Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri kawan-kawan...
CH rasa tak terlambat untuk CH mohon maaf kalau ada salah silap selama CH bernafas..
Untuk entri kali ini, CH saja nak share cerita kegembiraan di hari raya untuk tahun ini..
Alhamdullilah.. untuk tahun ke2 CH berhari raya sebagai pasangan suami isteri...

Beza untuk hari raya kali ini, CH dengan suami menyambut pada hari raya yang ketiga..  
Untuk tahun ini, kedua-duanya terikat kepada komitmen kerja.. Jadi bila dah selesai semua urusan.. baru CH dan suami berjumpa.. Setelah hampir seminggu dua-dua outstation...  Jadi untuk tahun ini, kami membuat keputusan untuk tidak membeli pakaian tradisional hari raya seperti pasangan lain.  Sebaliknya sekadar pakaian kasual baru..  Jadi lah kan?..  Janji hari raya dapat disambut dengan meriahnya.

tema: hitam itu menawan... (hehehe)

Seperti tahun sebelumnya.. Memang kewajipan balik Negeri Sembilan terlebih dahulu..
Kebetulan, CH habis kerja di KL airport, so hubby ambil sahaja terus pulang ke Kampung CH...
CH percaya, dengan gambar yang ada.. ia telah pon memceritakan segalanya....





 sejuk je mata memandang... tk perlu pakai kipas,,, dingin terasa... (ceywah)

CH tak lama stay di kampung,,, Sekadar 1 malam saja,, 
Dan pada hari berikutnya, CH dan suami decided nak konvoi with paksu family CH pulang ke JB..
Terasa seronok ....  Tapi jangan salah faham.. Kami melencong ke kampung side maksu CH utk sesi makan durian...  Makan durian sampai pengsan....


theme: simple
Fishtail Top : Own Collection
Jeans by Espirit
Shawl & Inner by MYA BOUTIQUEZ
(abaikan selipar strawberi tu key!)

 hubby cuma makan seulas saja hokey!


kan? Paksu memang kental!.. hehehe

Apapon, memang seronok sebab jarang-jarang dapat rasa suasana macam ni...
Apapn, ada perkara menarik sepanjang kami konvoi pulang ke JB..
Dahla sesak walau ikut jalan lama,,
Kentut dan sendawa tak habis-habis...  Tak boleh terkira jari berapa kali picit button bukak tingkap..
Sebab, kentut or sendawa bau durian!!!

Hahahahah..


xoxo
corakhati

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...