Friday 25 May 2012

Bobo- Si Kucing Parsi

Hari KeDua bersama BOBO

Untuk entri kali ini, memang "colouring" sikit.  Sebab, simbol hati yang macam-macam warna atau maknanya, terlalu gembira, dengan kehadiran BOBO. Seekor kucing Parsi yang CH ambil dari tuannya.  

CH memang kekok memelihara "Persian Cat" ni, sebab... Sebelum-sebelum ni CH cuma memelihara kucing biasa, atau dipanggil kucing gelandangan..  CH ada 33 ekor kucing gelandangan tetapi sekarang cuma tinggal 12 ekor sahaja...  Yang selebihnya telah mati,...  Yelah, nama pon dah gelandangan, jadi mereka2 ni dibiarkan bebas, jadi kadang-kadang, ada yang mati kena langgar, sakit... dan macam-macam...
Setiap kali diaorg nampak CH buka pintu rumah, confirm, mereka berlari ke ruang garaj rumah, beratur nak makan.. Yang bagusnya, semua ikut turutan, tak gaduh2...

Bukti?


kan kan kan???

Lain cerita dengan si BOBO,
Persian berusia 10 bulan.  Jantinanya si Jantan.  



Memang betullah orang cakap kalau nak membela si kucing baka seperti ini memang nak kena sabar.. 


SEBAB

  • makanan cerewet.
  • berak & kencing dekat pasir tertentu sahaja.Kalau take kotak pasir, memang dia tahan jela berak.
  • kena bawak main2, tAk boleh kasi kurung sahaja.  Nanti dia stress.
  • kena mandikan seminggu 2 kali.
  • korek telinga kena pakai jenis yang tertentu.
  • kena korek telinga nya sampai dalam, supaya kuman tk merebak ke otak. 
  • tak boleh marah-marah, cepat merajuk.
  • tak boleh kena sergah, bunyi bising (mengikut jenis kucing).
  • kena kasi ubat cacing, paling kurang 3 bulan sekali.
  • kalau bulu dah mula gugur, mesti kena pergi klinik, sebab takut dia nak mengawan atau stress dengan persekitaran.
Nasib baik CH memang sayang kucing, kalau tidak...  Alamat macam Cik Tunang, asyik nak jual sahaja, kalau terlalu menyusahkan.

MORAL OF THE STORY: 
menjaga baka ini lebih kurang sama macam menjaga anak kecil yg perlu perhatian yg khusus. 
 Adeh!


~BOBO OOOOHHH BOBO~

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...