Monday 4 June 2012

D.I.Y PROJECT ( part 1)


Salam kawan-kawan,
CH nak share sikit ngan korang D.I.Y Project kot mana tau korang boleh cuba PLUS menjimatkan wang anda.  CH pon dah mula mengambil tempahan untuk wedding orang lain.  Dalam masa yang sama, CH buat sendiri berkat CH..  Superb kan?.. Walau majlis tinggal sebulan je lagi, CH masih bersyukur CH boleh siapkan berkat kahwin yang ditempah pelanggan lain.

Untuk D.I.Y Project part 1 ini, CH akan share dengan korang berkat kahwin jenis pumpkin atau nama glamer nya, ' kereta cindrella'.  Moga-moga boleh membantu korang!


Bahan-Bahan Yang Diperlukan 


Bakul Cindrella @ Pumpkin RM 3.50 SEBIJI

Reben yang telah siap dipotong.  Saiz 11cm

'Creepe Paper' /Kertas krip untuk membuat bunga.
(Dipotong berbentuk segi empat sama saiz 5cm)

Dawai halus

Gam Tembak

Bunga kecil - 3 biji RM1.20
**tambahan sticker jika memerlukan, bergantung kepada kemahuan.

STEP 1 -



 kertas yang dipotong segi empat sama, dilipat & di ikat dengan dawai halus.

STEP 2 - 

kembangkan kertas itu menjadi seperti bunga


STEP 3

 Masukkan bunga yang dikembangkan ke dalam bahagian atas pumpkin tersebut, di gamkan.

STEP 4

Gamkan reben yang telah dipotong ke bahagian tengan pumpkin

STEP 5

Gamkan bunga yang telah siap di bahagian kiri dan kanan atas pumpkin tersebut

HASILNYA



RM 3.50 //499 biji ke bawah
RM 2.80//500 biji ke atas

Bagi yang bermnat nak tempah dengan CH,boleh emailkan ke
 myaservicess77@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...