Wednesday 1 August 2012

Lafaz Niat Puasa- Ahlan Ya Ramadhan PART 1


Salam kawan-kawan



Ramadhan datang lagi.  Alhamdullilah, CH bersyukur diberikan kesempatan merasai Ramadhan kali ini. Paling menggembirakan, Ramadhan sebagai seorang isteri.  Mungkin agak lambat CH tak 'update' blog kerana sibuk dengan beberapa urusan.  Untuk entri kali ini, CH kongsikan perkara wajib utk puasa.  Walaupon secara am semua umat muslim mengetahuinya, tapi atas dasar tanggungjawab sesama muslim,CH kongsikan perkara yang wajib bagi berpuasa.

Ahlan Ya Ramadhan!


Lafaz niat


Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...