Wednesday 29 August 2012

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Salam kawan-kawan,
Rasanya dah lama CH tak update blog CH.  Mungkin kerana agak busy dengan persiapan hari raya + kerja yang bertimbun-timbun.  

Untuk entri kali ini, CH nak share kan pengalaman CH dengan CIK HUB  ke 
Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan semalam (28th Ogos 2012).


CH sebelum ni, memang tak pernah ke sini.  Tapi kerna mum CH pernah ke sini, maka CH dah berhajat di hati nak buat kerja amal/sukarela. So CH start kumpul-kumpul barang tak kira bagi sesiapa sahaja individu yang berhajat nak mendermakan barang.  

Bagi korang, teman-teman yang berhajat ingin ke sini tak kira untuk menderma atau membuat lawatan, di alu-alukan.

Beralamat : 

Lot 3353 MLO 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru 81200 Johor Bahru, Johor.


Semasa CH sampai sahaja ke sini, memang airmata tak tertahan melihat kaletah mereka.  
Ya Allah sesungguhNya kuatkan lah hati hambaMU ini.  

CH nak mohon maaf jika gambar tak berapa jelas ya teman-teman.!

                                                      ~sumber dari  nurehsanjohor~



Nak tau tak perkara yang menyedihkan dan menyentuh hati masa CH sampai?.

~CH tiba-tiba ditengking oleh seorang makcik.  Mungkin makcik ni fobia kerana mungkin tindakan anak yang buat makcik ni mcam-macam.  Tiba-tiba makcik ni kata " kenapa kau datang?. kau dah buat hidup aku susah!. Kau dah hantar aku ke sini dan sekarang kau kacau aku ,,, kenapa"?.  
Waktu tu, memang nak gugur jantung CH.  Tapi CH faham, semua yang berlaku di sini mungkin kerana kisah silam mereka~

Jauh di sudut hati CH, mengucap syukur, sungguh CH tak mampu nak bantu dalam sumber kewangan yang banyak, tapi dengan kerja amal yang CH buat ngn CIK HUB, di harapkan Allah memberi kami rahmat dalam kehidupan seharian.

Bagi teman-teman yang mungkin masih mempunyai kedua ibu bapa, hargailah seadanya.
Bagi yang ingin memberikan sumbangan secara langsung, anda boleh dermakan kepada:-

Sumbangan bentuk kewangan boleh disumbangkan terus ke akaun 
MAYBANK NO : 501132158862 
atas nama Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan 

ATAU

  Untuk Keterangan Lanjut hubungi 
1. Ir. Hj. Md. Sharipin Shahlan - Pengerusi/Pengasas 019-777 0717 
2. Norijah Bidin (Noriz) - Pengurus 016 788 1379/016-735 1910 



**CH sayang mak CH/mertua CH.  Moga Allah merahmati hidup kami. 
 Amin!



No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...