Sunday, 3 February 2013

Mini Kurung Exclusive by Minaz Boutique

Salam teman-teman CH,
Untuk entri kali ini, CH nak share mengenai koleksi baju tradisional seperti mni kurung yang CH beli secara belian online.  Sebenarnya koleksi baju-baju tradisional seperti kurung, kebaya or whatever la kan, memang boleh dikira dengan jari sebab CH memang jarang-jarang menghadiri majlis perkahwinan, atau apa-apa sahaja majlis, atau event melainkan CH betul-betul free.  Kesibukan kerja kadang-kadang menjejaskan agenda untuk menghadiri majlis-majlis tersebut.  Walau bagaimanapun, tak jadi masalah untuk CH kongsikan dengan u'olls.


Pada mulanya, baju yang CH nak ini, memang dah SOLD OUT, nasib bos MB sms kata, boleh buat belian lagi cuma dari segi rekaan agak lain sikit.  So CH terus grab.  Main agak-agak size.  Boleh gitu?.. Hheheeh. 
Yang penting layanan dari MB memang memuaskan hati dan bukan acuh tak acuh mcm butik-butik talian lain yang CH pernah berurusan sebelum ini.  

Satu pendapat  CH tentang belian baju tradisional dari butik online.  
## Rekaan tersebut terhad dan bukan jualan yang mudah di perolehi  mcm pasar malam.  Betul tak?
## Rekaan yang exclusive walau kena berbelanja mahal untuk koleksi itu.

               sumber: Minaz Boutique



Siapa cakap belian dalam talian itu menyusahkan?
Tak perlu risau.  Ukuran ada disediakan sebelum membeli.
So?
Tak kira la baju itu murah atau mahal , kemudahan sekarang pelbagai.  
Hanya klik dari rumah dan anda trus pakai!. 
Tak gitu?


__________________________
xoxo



No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...