Monday 18 February 2013

Siapa cakap rumah lelong itu rugi?.Masih ada serendah RM 8900 rumah untuk dimiliki

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak share dengan kawan-kawan. cara-cara untuk membeli aset.  
Niat CH sekadar nak beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan CH yang mungkin berhajat nak membeli kediaman tapi keadaan ekonomi yang tak mengizinkan.  Tambahan pulak, harga rumah sekarang mencecah ratus ribuan.  Mana mungkin kita dapat beli dengan semudah 1,2,3.

Pernah dengan LELONG?
Pembelian rumah secara LELONG?
CH rasa tak salah kalau kita membeli kediaman LELONG.  Orang cakap, 'biar ukur baju di badan sendiri '.  Ukur kemampuan, bukan main pakai belasah dan menanggung hutang yang mencecah 3 kali ganda.
Tapi pemikiran masing-masing berbeza.  Tapi CH sekadar berkongsi sahaja. 
 Harap-harap jangan ada yang salah sangka ya.

Sedikit yang CH nak share dengan u'olls.  Percaya atau tidak, masih ada lagi rumah berharga RM 8000.
Bergantung kepada tempat dan kawasan.  Tak semua masih dapat harga sebegitu.

Sedikit pengalaman yang CH belajar dari mak, CH akan kongsikan ya.
Ilmu tak baik disimpan kan.  
CH bukan orang senang dan dari kecil lagi CH telah diajar untuk menyimpan duit, dan CH mulakan simpanan ASB serendah RM10.20,duit yang CH kumpul hasil dari keuntungan jual kuih serimuka dekat sekolah rendah dulu, dan bila dah bekerja,CH menabung bila dah ada kerja.  
Alhamdulillah, CH akhirnya dapat membeli kediaman berharga RM 8900 pada usia 21 TAHUN.  Dan sehingga sekarang, CH masih menyewakan kediaman tersebut dengan harga RM 180 sebulan, kerna kawasan ini tidak berapa membangun.  
Tapi bila ada Johor Premium Outlet, perlahan-lahan harga akan naik..   
Alhamdullilah.
Kediaman tersebut, hanyalah flat 3 bilik + 2 bilik air dan berada di tingkat 5.

Jadi CH akan kongsikan sedikit cara untuk membeli kediaman LELONG pada kawan-kawan semua.



di atas ni, adalah contoh senarai yang mahu dilelong.



Sebenarnya, untuk pengetahuan kawan-kawan, CH mengetahui mengenai rumah untuk diLELONG, sewaktu CH membaca METRO keluaran 26-28th January 2008.  Dan CH masa tu agak terkejut ada rumah yang nak diLELONG dan harga yang sangat tak munasabah.  Jadi CH terus pergi office peLELONG untuk ambil lampiran senarai rumah untuk diLELONG dan dari situ CH bertanya,dokumentasi yang perlu CH siapkan sebelum hari CH membida rumah tersebut. 

Untuk pengetahuan korang, artikel rumah untuk dilelong akan keluar setiap minggu di akhbar Metro, sama ada hari Selasa, Rabu atau Khamis.  So kena rajin melihat bahagian iklan di Metro ya.



Gambar di atas, adalah syarat yang perlu dilakukan sebelum berlaku pembidaan tersebut.


Jadi, di mana-mana transaksi untuk membeli kediaman LELONG, bank draf diperlukan tidak kira 5% atau 10% dari harga kediaman yang diLELONG.
Jadi seperti kes CH, bank draf yang disediakan ialah RM 890.
Jadi baki yang tinggal ialah RM 8010.
Dan baki ini harus diselesaikan dalam tempoh 90-120 hari dari tempoh pembidaan rumah LELONG  terbabit.
Dan CH membayar secara tunai bagi baki rumah LELONG terbabit.

Contoh lain,
Jika rumah itu RM 120K, DAN bank draf sebanyak RM 12000 DEPOSIT sewaktu ingin membida rumah itu,baki ialah RM 108K,jadi baki tersebut harus diselesaikan dari tempoh 90-120 hari dari tarikh pembidaan dan pembeli harus memastikan loan itu lulus dalam tempoh tersebut ATAU, DEPOSIT dikira HAPUS.

Jadi bila dah selesai urusan membeli, peguam pula menyiapkan pemprosesan mengenai geran, dan bagi geran CH, sekitar harga RM 800 yang dikenakan oleh pihak peguam. Jadi bila CH buat kira-kiraan balik, total untuk kesemua proses sekitar bawah RM 10 000.
************************************
So dipenddekkan cerita, Alhamdulillah, dengan pembelian LELONG, CH telah pon berjaya membeli 2 buah rumah.  Walaupon kadang orang pandang rendah pada CH sebab beli rumah secondhand, tapi CH bangga sebab, CH dapat mengumpul pada usia muda dan belajar banyak benda dari pengalaman ini.

Alhamdullilah.


TIP -TIP UNTUK MEMBELI RUMAH LELONG
  • Sebelum membeli, u'olls kena tengok keadaan rumah itu sendiri.  Sama ada berbaloi untuk dibeli atau keadaan yang teruk untuk dimiliki.  Orang cakap, survey....
  • Kena bersiap sedia dari sumber kewangan.  Kerana jika jumlah yang sangat sedikit, kemungkinan transaksi TUNAI diperlukan.  Dan jika ingin membuat loan, tempoh untuk pemprosesan loan harus 90-120 hari bergantung kepada bank yang dilantik untuk memberi pinjaman.
  • Jika berminat untuk membeli rumah terbabit, harus 'standby' sedikit TUNAI untuk pemprosesan peguam, dan sebagainya.
  •  Tahukah anda, jika rumah yang dilelong kurang dari 3 kali, pembida yang sama keturunan akan diberi keutamaa.  Jika melebihi 3 kali diLELONG, maka dibuka kepada pembida berbangsa lain.  Contohnya, rumah yang CH beli ini adalah hak milik orang cina.  Memandangkan lebih dari 3 kali diLELONG, maka automatik, dibuka kepada bangsa yang lain. 
  • Jika anda sangat berminat untuk membida rumah tersebut, dan mempunyai persaingan dengan pembida yang lain, PASTIKAN bidaan anda itu tidak lebih dari 12% dari harga aset yang diLELONG.  Jika lebih, dikirakan anda bakal rugi tau..
  • Apabila dah berjaya memiliki kediaman, anda harus mula menguruskan bil elektrik, bil air dan perkara utiliti lain.



p/s~diharapkan dengan pengalaman yang kecil ini, dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan~

xoxo

3 comments:

  1. Salam...Nak tanya sikit rumah yang you belini under SUK ke?..boleh share prosedur nak beli rumah under SUK. Senangtak nak dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya x apply under suk. Ini smeua dari lelong bank

      Delete
  2. Boleh tak CH kongsikan maklumat dan nombor kontak peguam yg uruskan pembelian rumah lelong CH tu... saya nak cari peguam yg berpengalaman dlm urusan rumah lelong...
    uhibbusodiki@gmail.com

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...