Tuesday 26 February 2013

Kalau boleh undur masa itu

Salam kawan-kawan,
CH sengaja letak tajuk macam tu.. Heheehe..., kasi 'suspend' sikit.  
CH baru je lepas belek-belek gambar lama...  Tiba-tiba, CH jumpa gambar CH masa baby sampai la ke tahap besar gajah sekarang.  Hehehehe.  Kalau u'olls masih simpan gambar lama, cuba tengok dan belek..  Mesti korang tersengih sorang-sorang waktu.  

comel tak CH?

CH sebenarnya bila tengok gambar ni, CH memang ketawa sorang-sorang..  Masih ada lagi gambar yang mak CH simpan rapi.  CH ada 2 beradik.  CH yang sulung PLUS adik lelaki CH yang nombor dua.
Actually CH ada adik perempuan bawah CH, tapi memandangkan Allah lebih menyayangi , maka CH kekal dua beradik sampai la ni..



haaa..., kau ada?


Masa CH kecik-kecik dulu, memang mak dah biasakan dengan barangan make-up.
Tu pasal kalau tengok pic atas, jangan terkejut kalau kecik-kecik lagi, lipstick merah mengila dah tercalit kat bibir CH.  Dulu kan kaler lipstick giler punya terang, tak macam sekarang.  Still ada warna pastel kaler. 
Kalau boleh diundur masa, CH nak jadi macam dulu.. Takyah pikir apa-apa..  Hari-hari mak buatkan semua.  Mak belikan barangan make-up, mak belikan baju gaunla, baju itu la baju ini lah....  Tapi bila dah besar ni, terlalu rindu moment terindah itu.  Haish.. Cepat masa berlalu.

dengan mak angkat CH


CH ada ramai babysitter, dulu mak CH memang busy, jadi CH banyak dijaga oleh para wanita lain yang CH sendiri dah anggap macam mak CH sendiri... Dekat atas ni, pic mak angkat CH tau,  nama dia 
Mak Seri..

Mak Seri....
Mak antara orang yang paling awal jaga CH.  Waktu CH masih merah lagi tak salah CH.  Mak jaga CH lama sangat tempoh masanya.  Anak-anak mak semua macam adik beradik CH.  Anak mak ramai, so memang meriah CH dekat sini..  Macam-macam ada, ada birthday party, macam-macam....  Mak juga yang jaga CH dengan teliti bila betis CH terkena ekzos motor... Bayangkan....  Sampai sekarang, CH masih berhubung dengan mereka.  Sayang mak!

Mummy .....
Mummy pon menjaga CH dalam tempoh masa yang lama.  Since darjah 4 tak salah... Sampai Tingkatan 2.  Then mummy pon menjaga adik CH, si Apit...  So bila CH pindah kat Kulaijaya, maka mummy pon dah tak menjaga lagi....  Tapi rindu jugak kat mummy.  Mummy kalau masak, macam2 lauk ada... sebab mummy converted muslim..... Love her so much!


Apapon, masa pantas betul berlalu... Kalau lah masa boleh diundur semula?...


xoxo

Tuesday 19 February 2013

Ada apa dalam tas tangan kamu?

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH saje nak share dengan u'olls mengenai barang yang perlu ada dalam beg u'olls.  SEBAB, kadang2 kita tak sedar dan main peruk je dalam tu.  Dah macam poket Doraemon--------- hheehehe. Dan bila nak pakai, time tu lah takde! Kan????.

Sebab itu, orang lelaki selalu mengeluh bila kita orang perempuan ni, kalau pergi kedai, lebih banyak pilihan dan design utk kita berbanding dengan mereka.  SEBAB?  Kita kan wanita? Cewah! 

So, kalau CH , biar beg besar, boleh sumbat semua.

Dalam beg CH apa yang harus & akan CH check before pergi kerja selain purse-

* Lesen / kad pemandu pelancong CH. 
Kalau takde, alamat tak kerja lah jawabnya.

* Passport CH.
Kadng-kadang last seminit ada kerja dekat luar.

*Handphone
Boleh gila kalau tinggal.

*Tisu basah jenama Pureen Baby Wipes.
Memang harus ada sebab CH rasa lap palai tisu kering kadang tak bersih.

*Pencuci muka jenama Garnier.
Pelikkan? Nape tak new york skin? Kalau time travel, sayang nak pakai. Hehehehe. Bahasa pendek nya, jimat. HAHAHA. Tapi sebenarnya senang. If nak pergi solat jadi boleh bersihkan wajah.

*Krim pelembab jenama Bobbi Brown. 
CH takkan pakai jenama lain since ini yang dicadangkan sewaktu CH di New York Skin Solutions dulu. Hasil dari bahan semulajadi.  Best tau! Cubala.  Bobbi Brown Hydrating Gel
Cream.

* Brow pencil/ pensil lukis kening SilkyGirl

* Mascara jenama Bobbi Brown.

* Pewangi / spray badan dari Victoria Secret Pure Seduction Series.  Kadang-kadang kalau drive, agak-agak ada bau ikan, pakai je then spray. Trus aman dan nyaman. Heheheheh

*Pantiliner. 
Satu nasihat CH, memang takde dalam gambar sebab segan nak amik. Tapi ini perlu tau. Jangan ambil ringan.  Tahukah u'olls, ianya harus ditukar setiap 6 jam sekali bagi mengelakkan bakteria. Info tau tu!

Walaupon memang ini adalah secara am sahaja, CH rasa tak salah kalau Ch berkongsi. Mana tau, time baca blog ni terus boleh buat checklist untuk diri sendiri?

XoXo


Monday 18 February 2013

Siapa cakap rumah lelong itu rugi?.Masih ada serendah RM 8900 rumah untuk dimiliki

Salam,
Untuk entri kali ini, CH nak share dengan kawan-kawan. cara-cara untuk membeli aset.  
Niat CH sekadar nak beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan CH yang mungkin berhajat nak membeli kediaman tapi keadaan ekonomi yang tak mengizinkan.  Tambahan pulak, harga rumah sekarang mencecah ratus ribuan.  Mana mungkin kita dapat beli dengan semudah 1,2,3.

Pernah dengan LELONG?
Pembelian rumah secara LELONG?
CH rasa tak salah kalau kita membeli kediaman LELONG.  Orang cakap, 'biar ukur baju di badan sendiri '.  Ukur kemampuan, bukan main pakai belasah dan menanggung hutang yang mencecah 3 kali ganda.
Tapi pemikiran masing-masing berbeza.  Tapi CH sekadar berkongsi sahaja. 
 Harap-harap jangan ada yang salah sangka ya.

Sedikit yang CH nak share dengan u'olls.  Percaya atau tidak, masih ada lagi rumah berharga RM 8000.
Bergantung kepada tempat dan kawasan.  Tak semua masih dapat harga sebegitu.

Sedikit pengalaman yang CH belajar dari mak, CH akan kongsikan ya.
Ilmu tak baik disimpan kan.  
CH bukan orang senang dan dari kecil lagi CH telah diajar untuk menyimpan duit, dan CH mulakan simpanan ASB serendah RM10.20,duit yang CH kumpul hasil dari keuntungan jual kuih serimuka dekat sekolah rendah dulu, dan bila dah bekerja,CH menabung bila dah ada kerja.  
Alhamdulillah, CH akhirnya dapat membeli kediaman berharga RM 8900 pada usia 21 TAHUN.  Dan sehingga sekarang, CH masih menyewakan kediaman tersebut dengan harga RM 180 sebulan, kerna kawasan ini tidak berapa membangun.  
Tapi bila ada Johor Premium Outlet, perlahan-lahan harga akan naik..   
Alhamdullilah.
Kediaman tersebut, hanyalah flat 3 bilik + 2 bilik air dan berada di tingkat 5.

Jadi CH akan kongsikan sedikit cara untuk membeli kediaman LELONG pada kawan-kawan semua.



di atas ni, adalah contoh senarai yang mahu dilelong.



Sebenarnya, untuk pengetahuan kawan-kawan, CH mengetahui mengenai rumah untuk diLELONG, sewaktu CH membaca METRO keluaran 26-28th January 2008.  Dan CH masa tu agak terkejut ada rumah yang nak diLELONG dan harga yang sangat tak munasabah.  Jadi CH terus pergi office peLELONG untuk ambil lampiran senarai rumah untuk diLELONG dan dari situ CH bertanya,dokumentasi yang perlu CH siapkan sebelum hari CH membida rumah tersebut. 

Untuk pengetahuan korang, artikel rumah untuk dilelong akan keluar setiap minggu di akhbar Metro, sama ada hari Selasa, Rabu atau Khamis.  So kena rajin melihat bahagian iklan di Metro ya.



Gambar di atas, adalah syarat yang perlu dilakukan sebelum berlaku pembidaan tersebut.


Jadi, di mana-mana transaksi untuk membeli kediaman LELONG, bank draf diperlukan tidak kira 5% atau 10% dari harga kediaman yang diLELONG.
Jadi seperti kes CH, bank draf yang disediakan ialah RM 890.
Jadi baki yang tinggal ialah RM 8010.
Dan baki ini harus diselesaikan dalam tempoh 90-120 hari dari tempoh pembidaan rumah LELONG  terbabit.
Dan CH membayar secara tunai bagi baki rumah LELONG terbabit.

Contoh lain,
Jika rumah itu RM 120K, DAN bank draf sebanyak RM 12000 DEPOSIT sewaktu ingin membida rumah itu,baki ialah RM 108K,jadi baki tersebut harus diselesaikan dari tempoh 90-120 hari dari tarikh pembidaan dan pembeli harus memastikan loan itu lulus dalam tempoh tersebut ATAU, DEPOSIT dikira HAPUS.

Jadi bila dah selesai urusan membeli, peguam pula menyiapkan pemprosesan mengenai geran, dan bagi geran CH, sekitar harga RM 800 yang dikenakan oleh pihak peguam. Jadi bila CH buat kira-kiraan balik, total untuk kesemua proses sekitar bawah RM 10 000.
************************************
So dipenddekkan cerita, Alhamdulillah, dengan pembelian LELONG, CH telah pon berjaya membeli 2 buah rumah.  Walaupon kadang orang pandang rendah pada CH sebab beli rumah secondhand, tapi CH bangga sebab, CH dapat mengumpul pada usia muda dan belajar banyak benda dari pengalaman ini.

Alhamdullilah.


TIP -TIP UNTUK MEMBELI RUMAH LELONG
  • Sebelum membeli, u'olls kena tengok keadaan rumah itu sendiri.  Sama ada berbaloi untuk dibeli atau keadaan yang teruk untuk dimiliki.  Orang cakap, survey....
  • Kena bersiap sedia dari sumber kewangan.  Kerana jika jumlah yang sangat sedikit, kemungkinan transaksi TUNAI diperlukan.  Dan jika ingin membuat loan, tempoh untuk pemprosesan loan harus 90-120 hari bergantung kepada bank yang dilantik untuk memberi pinjaman.
  • Jika berminat untuk membeli rumah terbabit, harus 'standby' sedikit TUNAI untuk pemprosesan peguam, dan sebagainya.
  •  Tahukah anda, jika rumah yang dilelong kurang dari 3 kali, pembida yang sama keturunan akan diberi keutamaa.  Jika melebihi 3 kali diLELONG, maka dibuka kepada pembida berbangsa lain.  Contohnya, rumah yang CH beli ini adalah hak milik orang cina.  Memandangkan lebih dari 3 kali diLELONG, maka automatik, dibuka kepada bangsa yang lain. 
  • Jika anda sangat berminat untuk membida rumah tersebut, dan mempunyai persaingan dengan pembida yang lain, PASTIKAN bidaan anda itu tidak lebih dari 12% dari harga aset yang diLELONG.  Jika lebih, dikirakan anda bakal rugi tau..
  • Apabila dah berjaya memiliki kediaman, anda harus mula menguruskan bil elektrik, bil air dan perkara utiliti lain.



p/s~diharapkan dengan pengalaman yang kecil ini, dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan~

xoxo

Wednesday 13 February 2013

Percutian jimat dengan StreetDeal.my

Salam kawan-kawan,
Untuk entri kali ini, CH nak share dengan u'olls cara membeli barangan tak kira sama ada apa sahaja atau nak beli tiket percutian memang murah giler melalui online.  So CH memang recomend giler website ini.  
Tak percaya? Klik sini. Streetdeal.my



So bila dah tau mana agaknya pilihan hati u'olls, tekan aje butang "BUY NOW"
Kalau tak nak sakit kepala kan, boleh pilih untuk TRAVEL ke, FOOD & BEVERAGES ke, atau apa-apa sahaja bahagian di web banner ini.
Sebagai contoh, CH memilih untuk ke bahagian travel.
Promosi yang dijalankan ialah:


68% OFF 2D1N in Banburee Resort & Spa, Koh Samui Deluxe Sea View Room with Jacuzzi 
RM 142  ONLY



38% OFF Krabi Free Easy 3D2N in Red Ginger Chic Resort or similar+ Daily Breakfast+ Return Airport   Transfer

 RM 318 ONLY



So memang murah & menjimatkan kan?
Cuma, ingin CH kongsikan cara-cara untuk membeli pakej dari mereka...

TRIVIA

  • pembayaran melalui internet banking tak kira apa jenis bank ataupun menggunakan kredit kad u'olls.
  • selepas membuat pembayaran, perlu print voucher pengesahan pembayaran u'olls.
  • setiap voucher itu ada tarikh untuk di redeem.  

Contoh:


  • Redemption Period: 11 Feb 2013 - 18 Mar 2013
  • Travel Period: 25 Feb 2013 - 31 Oct 2013
  • perlu emelkan nama yang akan melancong-setiap individu+contact number+ voucher yang telah diprint tadi itu  kepada alamat emel tertentu yang akan diberitahu.
TAPI 


if u'olls dapat emel macam di bawah ni, so lagi senang, masa nak check in tu trus je bawak emel ini yang telah di printkan. Lagi senang! 



                                                                                                                                                                                    sumber : Moon punyer blog


Apapun U'olls, diharap ianya akan dapat membantu sebab kadang-kadang, CH tak dapat nak memenuhi pasangan yang nak bercuti berdua.  Agak mahal sebenarnya.  Tapi sebab kita kan kawan, jadi tak masalah if CH nak share dengan u'olls..




Selamat Membeli belah
xoxo


Sunday 3 February 2013

Mini Kurung Exclusive by Minaz Boutique

Salam teman-teman CH,
Untuk entri kali ini, CH nak share mengenai koleksi baju tradisional seperti mni kurung yang CH beli secara belian online.  Sebenarnya koleksi baju-baju tradisional seperti kurung, kebaya or whatever la kan, memang boleh dikira dengan jari sebab CH memang jarang-jarang menghadiri majlis perkahwinan, atau apa-apa sahaja majlis, atau event melainkan CH betul-betul free.  Kesibukan kerja kadang-kadang menjejaskan agenda untuk menghadiri majlis-majlis tersebut.  Walau bagaimanapun, tak jadi masalah untuk CH kongsikan dengan u'olls.


Pada mulanya, baju yang CH nak ini, memang dah SOLD OUT, nasib bos MB sms kata, boleh buat belian lagi cuma dari segi rekaan agak lain sikit.  So CH terus grab.  Main agak-agak size.  Boleh gitu?.. Hheheeh. 
Yang penting layanan dari MB memang memuaskan hati dan bukan acuh tak acuh mcm butik-butik talian lain yang CH pernah berurusan sebelum ini.  

Satu pendapat  CH tentang belian baju tradisional dari butik online.  
## Rekaan tersebut terhad dan bukan jualan yang mudah di perolehi  mcm pasar malam.  Betul tak?
## Rekaan yang exclusive walau kena berbelanja mahal untuk koleksi itu.

               sumber: Minaz Boutique



Siapa cakap belian dalam talian itu menyusahkan?
Tak perlu risau.  Ukuran ada disediakan sebelum membeli.
So?
Tak kira la baju itu murah atau mahal , kemudahan sekarang pelbagai.  
Hanya klik dari rumah dan anda trus pakai!. 
Tak gitu?


__________________________
xoxo



Nuffnang Ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...